MAHATHIR MANUSIA BERWATAK DAJAL, KATA JAMAL

Pembangkang terus terdesak dan ketandusan modal politik sehingga sanggup bersekongkol dengan anasir luar demi menghalalkan cara dalam misi merampas tampuk pemerintahan Kerajaan Persekutuan daripada Barisan Nasional (BN).

Pengerusi Gabungan NGO Gerakan Merah Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos mengecam perilaku Tun Dr Mahathir Mohamad yang terus menghasut rakyat membenci pucuk pimpinan negara.

Malah menurut Jamal, tindakan Pengerusi PPBM itu disifatkan sudah melampau apabila didakwa bersubahat dengan Department of Justice (DoJ) Amerika Syarikat dalam usaha menjatuhkan kerajaan yang dipimpin oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Peranan Tun Mahathir dengan konco-konconya yang juga sebagai biawak hidup, membawa jutaan ringgit untuk mamberi rasuah kepada DoJ. Tujuannya untuk menjatuhkan kerajaan Najib dengan fitnah.

“Kami yakin dan percaya perkara ini satu agenda jahat daripada mantan Perdana Menteri selama 22 tahun ini. Beliau ini diberikan penangguhan usianya seperti iblis. Inilah manusia berwatak dajal sebelum dajal sebenar muncul ke dunia ini,” katanya di Ampang, Rabu.

Terdahulu, Jamal memulakan sidang media dengan tazkirah berkenaan asal-usul kejadian Nabi Adam A.S selama lebih kurang tiga minit.

Pada akhir tazkirah tersebut, Jamal mengaitkan cerita penanggguhan laknat Allah terhadap iblis dengan bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Allah tangguh laknat terhadap iblis sehingga hari kiamat, begitu juga seorang lagi manusia diberi penangguhan iaitu Mahathir Mohamad.

“Sebab itulah umur beliau panjang sehingga 91 tahun dan masih lagi berupaya melakukan kerja-kerja seperti iblis ini,” katanya yang baru mengerjakan umrah di tanah suci Mekah pada awal Ramadan lalu.

Sebelum ini, Ketua Armada PPBM, Syed Saddiq Abdul Rahman menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang dicetuskan oleh penulis blog, Raja Petra Kamaruddin berkenaan penglibatan Tun mahathir, Tun Daim dalam ‘konspirasi barang kemas’ yang dijalankan leh DoJ.

Bagaimanapun, sehingga kini, Tun Mahathir sendiri masih belum membuat sebarang penafian berkenaan isu tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana