Madey Sanggup Lakukan Apa Saja Untuk Jatuhkan Kerajaan Yang Diterajuinya Dulu....Buruk Perangai Tua Tua Masih Ego

Baru-baru ini Jabatan Keadilan (DOJ)Amerika Syarikat membuat pengumuman mengenai tindakan sivil yang diambil untuk merampas aset-aset yang d idakwa diselewengkan daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB)

Dan Pakatan Harapan berebut untuk mencadangkan pelbagai tindakan berkenaan pengumuman tersebut, dari sidang tergempar bagi membincangkan isu tersebut, kerajaan memanggil duta Amerika Syarikat, Isteri MO1 perlu hinggalah cadangan supaya UMNO membuat demonstrasi di hadapan kedutaan Amerika Syarikat.

Pakatan Harapan begitu pandai ‘mengajar’ Barisan Nasional walaupun Pakatan Harapan mempunyai masalah untuk melakukan perkara kecil seperti menghasilkan logo Pakatan walaupun sepatutnya diumumkan pada 9 Jun 2017.

Sebenarnya, pengumuman oleh DOJ adalah berdasarkan aduan yang dibuat kepada jabatan berkenaan. ADUAN, bukan sabitan.

Jadi apa perbezaan antara kedua-duanya? Aduan adalah dakwaan atau tuduhan bahawa satu kesalahan telah dilakukan oleh tertuduh. Sabitan adalah keputusan bahawa kesalahan telah dilakukan oleh tertuduh.

Sebagai contoh, bayangkan seorang pemimpin politik, diadu melakukan sodomi kepada seseorang mangsa. Pemimpin politik tersebut masih tidak didapati bersalah sehinggalah kes dibicarakan dan mahkamah mendapati kesalahan tersebut dilakukan dan menyabitkan beliau.

Sebelum ada pihak yang membuat komen bahawa sistem perundangan Malaysia dikawal oleh mantan pemimpin politik tersebut yang kini bersekongkol dengan beliau, perlu dinyatakan bahawa agensi perisikan Singapura dan Australia bersetuju bahawa pemimpin tersebut memang melakukan perbuatan tersebut. Kesimpulan tersebut dibuat berdasarkan pintasan komunikasi yang dilakukan oleh mereka.

“Okay, mungkin Anwar Ibrahim melakukan perkara sodomi. Tapi Anwar bersalah tidak bermakna Najib tidak melakukan penyelewengan 1MDB,” mungkin ada yang berkata.

Benar, Anwar bersalah tidak bermakna Najib tidak bersalah. Tetapi, pada masa yang sama, Anwar bersalah tidak bermakna Najib bersalah. Kedua-duanya adalah kes berlainan. Dan perbezaan yang paling besar adalah kes 1MDB ini ‘dibicarakan’ di banyak negara seperti Singapura, Switzerland, Perancis dan Amerika Syarikat tetapi tiada sabitan sehingga sekarang.
Bagi mengingatkan semula, DOJ telah membuat pengumuman mengenai siasatan terhadap 1MDB pada 20 Julai 2016. Pengumuman berkenaan telah menjadi modal bagi Pakatan Harapan sehingga mereka mengadakan kempen tangkap MO1 ala-ala “Pokemon Go” dan membawa kertas bertajuk “#Siapa MO1” tetapi hampir setahun berlalu dan tiada apa-apa berlaku. Seperti juga aduan yang dibuat di Singapura, Switzerland dan Perancis.

Mengapa DOJ membuat pengumuman tersebut? Sudah tentu kerana Mahathir dan Pakatan Harapan yang membuat aduan dan tugas DOJ adalah untuk menyiasat aduan tersebut. Mengapa Mahathir dan Pakatan Harapan berbuat demikian?
1) Untuk dijadikan ‘ISU’ sebagai persediaan PRU Ke-14 memandangkan terdapat desas-desus bahawa Najib akan membubarkan kerajaan selepas raya tahun ini;
2) Mengelabui mata rakyat mengenai masalah-masalah dalaman Pakatan Harapan terutamanya PPBM yang dikritik ahli-ahli sendiri; dan
3) Memesongkan perhatian terhadap Pasukan Skandal Khas Forex yang dikatakan melibatkan Mahathir dan Daim

Langkah panjang untuk menutup 3 perkara tersebut? Memanglah, sebab itulah politik Mahathir. 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana