LIM GUAN ENG DIDESAK BERI PENJELASAN ISU BAYARAN 4 KALI GANDA MAHAL

Kerajaan Pulau Pinang diberi masa seminggu untuk menjelaskan isu kadar yuran perunding bagi pembinaan tiga jalan di bawah projek terowong dasar laut Pulau Pinang, yang didakwa empat kali ganda lebih mahal daripada kadar yang diwartakan.

Pengarah Strategik Komunikasi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, berkata jika kerajaan negeri terus berdiam diri, pihaknya akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis bagi menyiasat perkara itu.

Abdul Rahman yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata berdasarkan Lembaga Jurutera, kos perundingan berkenaan hanya berjumlah kira-kira RM41 juta, namun bayaran yang dibuat oleh kerajaan Pulau Pinang adalah RM177.5 juta.

“Ini persoalan yang kita nak tahu. Jika Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, tidak boleh bagi jawapan yang tepat, maka kita akan berdepan persepsi salah guna kuasa.

“Kita tidak kata begitu tetapi jika jawapan yang diberikan tidak tepat dan fokus, saya tidak salahkan orang ramai mempunyai persepsi itu,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Sementara itu, Abdul Rahman menyifatkan cara Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat mengendalikan siasatan berhubung aset yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) begitu luar biasa dan tidak wajar.

Katanya, berdasarkan laporan sebuah portal berita, DoJ menyatakan siasatan kes itu masih berlangsung namun jabatan itu terus membuat kenyataan media tanpa menyelesaikan siasatan terlebih dahulu. – BH

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana