LGE Dakwa Konon Tak Dapat Hubungi Seng Giaw

Ketua Menteri, Lim Guan Eng mendedahkan pihaknya gagal menghubungi Ahli Parlimen DAP Kepong, Dr Tan Seng Giaw, sejak awal tahun lagi.

Setiausaha agung DAP itu berkata demikian ketika mengulas mengenai aduan Tan mengenai tahap ‘kehijauan’ di Pulau Pinang.

Menurut Guan Eng, DAP akan menangani kritikan tersebut secara dalaman, namun enggan mengulas lanjut mengenainya.

“Kami akan berurusan dengannya secara dalaman, tetapi beliau tidak berkomunikasi sejak awal tahun ini, kami juga tidak dapat menghubunginya,” katanya.

Tambah Guan Eng, selain tidak menjawab panggilan MP Kepong itu juga tidak menyuarakan pendapatnya mengenai kehijauan Pulau Pinang kepada parti itu.

Ahad lalu, Seng Giaw menulis di halaman Facebooknya, dalam empat bahasa termasuk bahasa Jawi mengenai keadaan alam sekitar di Pulau Pinang.

“Kita mengelilingi Pulau Pinang hari ini. Kita melihat pantai berubah dan kehijauan Balik Pulau kurang. Kependudukan 850,000 memerlukan rumah dan kerja.

“Keutamaannya memelihara hutan dan kehijauan,” katanya dalam catatan itu.

Seng Giaw merupakan ahli DAP veteran yang berasal dari Kelantan.

Beliau telah menjadi ahli Parlimen Kepong selama lapan penggal sejak 1982.

Keadaan ini menyebabkan Pengerusi MCA Pulau Pinang, Tan Teik Cheng mengatakan pihaknya bersetuju dengan Seng Giaw mengenai pentadbiran Guan Eng yang “menghancurkan” kehijauan di Pulau Pinang dan ia dipersetujui oleh rakan DAP sendiri.

BNBBC

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana