Jangan Belas Insan Lah!!!!!PRU14: Tiada harapan Pakatan menang di Kelantan tanpa kerjasama PAS - AMK K'tan

 Perlawanan satu lawan satu merupakan kaedah paling praktikal di Kelantan untuk menewaskan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umun ke-14 (PRU14) nanti.

Selain itu Ketua AMK Kelantan Dr Mohd Hafidz Rizal Amran berkata kedudukan PAS juga boleh tergugat sekiranya berlaku saingan tiga penjuru yang turut melibatkan Pakatan Harapan.

"Kita masih mengharapkan satu lawan satu.

"Jadi kalau kata lawan tiga penjuru saya boleh katakan Umno akan menang," katanya kepada Antarapos.

Beliau menambah Pakatan Harapan yang dianggotai PKR, DAP, Parti Amanah Negara (Amanah) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bersedia menawarkan kerjasama dalam memastikan tidak berlaku pertembungan sesama pembangkang.

"Tetapi Pakatan Harapan ini jika maksudnya PAS tidak ada perbincangan dengan Pakatan Harapan maka akan berlaku tiga penjurulah.

"Maknanya peluang itu masih lagi kita panggil kita pun baru bertemu dua kali dan masih lagi belum bincang tentang strategi, pembahagian kerusi dan banyak lagi kerja yang perlu kita buat," katanya.

Sukar menang tanpa kerjasama PAS

Kata Mohd Hafidz, PKR bersedia untuk berunding dengan mana-mana parti termasuk PAS dalam misi menewaskan BN sama ada di peringkat negeri atau pusat.

"Jadi kalau kata sekarang ini dalam masa terdekat ini saya tak nampak harapanlah.

"Tak nampaklah kita akan boleh mencapai kemenangan maksudnya agak rumitlah," katanya.

Perkara itu katanya, masih dalam perbincangan dan percaya kerjasama itu menjadi kenyataan sekiranya PAS memberi ruang kepada Pakatan Harapan di Kelantan.

"Kita boleh mencapai kemenangan tapi perlu kerja kuat lagilah," katanya.

Jangan beri ruang dan peluang kepada BN

Mengulas lanjut Mohd Hafidz berkata senario politik semasa sukar dijangka menambah apa jua boleh berlaku pada saat akhir.

"Saya melihat perkara ini sebagai perkara di luar jangkaanlah maksud saya politik hari ini adalah politik yang memeningkan di bawah.

"Tapi hakikat sebenarnya kalau kita tanya rakyat di bawah nak kepada satu lawan satu," katanya.

Bagaimanapun beliau menegaskan PAS atau Pakatan tidak boleh leka sehingga membuka ruang kepada BN untuk menang sekaligus mengambil alih pentadbiran Kelantan yang diterajui sejak 1990.

"Jadi supaya nak menekankan kepada seluruh pemimpin tak kira PAS atau mana-mana jangan cuba kita memberi peluang kepada Umno untuk memerintah Kelantan.

"Maksudnya tak kira mana-mana pemimpin yang mana jangan sesekali memberi ruang dan peluang kepada Umno untuk kembali memerintah Kelantan," katanya.

Ini kerana ujar beliau, perkara itu adalah amanah Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Ini amanah yang diberikan oleh tok guru dan sama-sama kita jaga," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana