Guan Eng diberi tempoh seminggu sebelum dokumen diserah kepada SPRM

Kerajaan Negeri Pulau Pinang dibawah DAP diberi masa seminggu untuk memberi penjelasan berhubung kadar yuran perunding bagi pembinaan tiga jalan di bawah projek terowong dasar laut Pulau Pinang, yang didakwa empat kali ganda lebih mahal daripada kadar yang diwartakan.

Pengarah Strategik Komunikasi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, berkata jika kerajaan negeri terus berdiam diri dan tidak tampil dengan fakta dan bukti kukuh, pihaknya akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis bagi menyiasat perkara itu.

Abdul Rahman yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata berdasarkan Lembaga Jurutera, kos perundingan berkenaan hanya berjumlah kira-kira RM41 juta, namun bayaran yang dibuat oleh kerajaan Pulau Pinang adalah RM177.5 juta.

“Ini persoalan yang kita nak tahu. Jika Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, tidak boleh bagi jawapan yang tepat, maka kita akan berdepan persepsi salah guna kuasa, persepsi korupsi.

“Kita tidak kata begitu tetapi jika jawapan yang diberikan tidak tepat dan fokus, saya tidak salahkan orang ramai mempunyai persepsi itu,” katanya pada sidang media di Pejabat Komunikasi Strategik BN di Cyberjaya, hari ini.

Turut bersama dalam sidang media itu Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Eric See-Toh dan Jurucakap GERAKAN Pulau Pinang, Eng Kong Lim.

Kerajaan Pulau Pinang perlu membuat penjelasan mengapa membuat bayaran 400 peratus lebih tinggi atau lebihan bayaran sebanyak RM136 juta dari kadar maksimum yang ditetapkan daripada skala yuran sudah diwartakan bagi rekabentuk terperinci tiga jalan iaitu di Jalan berkembar dari Tanjung Bungah ke Teluk Bagang sepanjang 10.53km dengan kos RM377.6 juta, Jalan pintasan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu ke Air Itam sepanjang 5.70km dengan kos RM851 juta dan Jalan pintasan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu ke Persiarang Gurney sepanjang 4km dengan kos RM757.9 juta.

Pembayaran lebihan ini lebih tinggi dari RM100 juta yang dibelanjakan Kerajaan DAP Pulau Pinang bagi usaha penebatan banjir sejak 2008, sebagaimana didedahkan tentang kos penebatan itu oleh Exco Pulau Pinang, YB Chow Kon Yeow pada 15 November 2016.

Jumlah ini sama dengan bayaran bonus Hari Raya sepanjang 18.2 tahun melibatkan kos RM7.2 juta yang diberikan Kerajaan Pulau Pinang kepada kakitangan kerajaan negeri dan guru tahun ini.

Satu lagi misteri ialah, kos khidmat perundingan bagi jalan berkembar sepanjang 10.53km dari Tanjung Bungah ke Teluk Bahang adalah RM120.4 juta atau 32 peratus dari kos pembinaan berjumlah RM337.6 juta, atau 10 kali ganda dari paras maksimum yang dibenarkan oleh skala yuran yang diwartakan Lembaga Jurutera.

Jawapan yang diberikan di Sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada 19 mei 2017.

Mengapa bayaran khidmat perunding bagi jalan yang pendek lebih mahal dari terowong bawah laut yang lebih mahal dan sukar?

Kerajaan Pulau Pinang perlu menjawab mengapa yuran khidmat rundingan sebanyak RM120.4 juta hanya untuk membina jalanraya yang mudah melibatkan jarak 10.53km, di mana Malaysia memiliki banyak kepakaran dan kos itu lebih mahal sebanyak RM96 juta bagi bayaran khidmat rundingan untuk membina terowong bawah laut bernilai RM3.5 bilion.

Pada masa sama, rakyat perlu menilai sendiri sama ada munasabah atau tidak, RM210 juta sudah dibayar Kerajaan Pulau Pinang hanya untuk laporan pembinaan jalanraya 20km atau RM11 juta bagi setiap kilometer, yang turut lewat pembinaannya selama tiga tahun.

Sebagai perbandingan, Kerajaan Barisan Nasional sudah membelanjakan RM230 juta bagi menyiapkan sepenuhnya Jambatan Batang Sadong, jambatan terpanjang di Sarawak pada ketika ini. Jambatan ini yang dijanjikan melalui Pilihanraya Negeri Sarawak pada 2011, sudah dibuka kepada pengguna tahun lalu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana