Dr M: Ada ahli PKR percaya saya mahu rampas Pakatan Harapan....Kerana Nak Berkuasa Punya Pasal

SHAH ALAM: Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui dirinya adalah antara faktor yang menyebabkan pendaftaran rasmi Pakatan Harapan tertangguh.

Pengerusi Parti Pribumi Malaysia Bersatu (PPBM) itu mendedahkan kesangsian PKR terhadap terhadap dirinya itu adalah kerana sejarah silamnya dengan pengasas PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini meringkuk di penjara.

“(Saya fikir ada antara mereka) bimbang, mereka sangsi, mereka merasakan saya masih mahu berkuasa, (dan) merampas parti mereka, pemikiran seperti ini," kata Mahathir kepada Channel News Asia hari ini.

Tidak lama selepas dilucutkan jawatan sebagai timbalan perdana menteri, pada tahun 1999, Anwar berdepan dengan tuduhan meliwat dan salah guna kuasa. Beliau menafikan pertuduhan itu dan mendakwa Mahathir dan penyokongnya adalah dalang di sebalik pertuduhan itu.

Mahathir menafikan tuduhan berkenaan seperti pentadbiran Najib yang menafikan beliau mendalangi pertuduhan Liwat 11, yang menyaksikan Anwar kini terpaksa menjalani hukuman penjara lima tahun.

Bagaimanapun, kedua-dua pemimpin itu akhir-akhir ini mula berbaik semula dengan Mahathir berkata beliau dan Anwar kini berkongsi matlamat sama untuk mengulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Walaupun demikian, Mahathir berkata anggota PKR masih sangsi dan membantah dengan cadangan beliau memegang jawatan dalam kepimpinan dalam Pakatan Harapan.

"Mereka rasa sukar untuk memutuskan jawatan saya, saya bukannya meminta mahu memimpin atau apa-apa seperti itu, tetapi mereka yang minta.

"Saya tawarkan diri untuk berundur, saya kata saya tidak ada peranan sama sekali kecuali jika kamu meminta saya memberi ceramah," katanya.

Perbalahan mengenai peranan Mahathir dalam gabungan itu dikatakan melambatkan proses pendaftaran rasmi Pakatan Harapan.

"Malangnya dalam mesyuarat tidak rasmi (antara) pemimpin parti, persoalan menamakan ‘ketua’ sebagai pengerusi atau nama lain.

"Ada yang menentang jawatan pengerusi yang diberikan itu jika saya yang memegang jawatan tersebut. Jika orang lain memegang (jawatan) itu baik-baik saja, tetapi bukan saya," katanya.

Beliau berkata ada cadangan "tidak masuk akal" untuk menamakannya sebagai "penasihat eksekutif", tetapi beliau menolaknya.

Ini adalah percanggahan, kata pemimpin berusia 92 tahun itu kerana seseorang itu tidak boleh menjadi eksekutif dan penasihat pada masa yang sama.

"Tetapi ini adalah perkara-perkara yang telah menangguhkan mesyuarat kami," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana