DIPENJARA DAN DIDENDA KERANA MENGHINA NAJIB....PADAN MUKANYA

Seorang pengurup wang menanggung akibatnya memuat naik kenyataan menghina Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Facebook tahun lalu.

Mohd Nasaruddin Sairon yang berasal dari sebuah penempatan Felda di Kota Tinggi, Johor dijatuhi hukuman penjara sehari dan didenda RM4,000 oleh Mahkamah Sesyen selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Lelaki berusia 41 tahun yang tidak diwakili peguam itu didakwa melakukan kesalahan tersebut selepas beliau memuat naik satu kenyataan tentang Najib di Facebook pada 8 Oktober 2016.

Kenyataan Nasaruddin itu dibaca pengguna Facebook lain dan seorang pengguna, Khalijah Mohamed membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) pada hari berikutnya.

Mereka yang didapati bersalah memuat naik kenyataan menyakitkan hati orang lain di ruang siber boleh didenda sehingga RM50,000 atau 12 bulan penjara atau kedua-duanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana