DAP Guna Politik Kotor Kes Sivarasa Berbeza

DAP dilihat semakin berani mempertikaikan kuasa Raja-Raja Melayu dan sudah mula berani mencampuri urusan umat Islam.

Terbaru DAP cuba menjadi batu api apabila menyalahkan ahli politik lain memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan semata-mata mahu menutup kesalahan yang mereka lakukan seperti apa yang berlaku kepada rakan mereka dari PKR iaitu Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa.

Inilah lumrah sikap yang dapat dilihat sepanjang politik pembangkang.

Tindakan ini dilihat bertujuan untuk melindungi perbuatan mereka yang tidak pernah sensitif dengan budaya, adat resam masyarakat yang lain asalkan matlamat DAP ini tercapai dalam apa cara sekali pun.

Baru-baru ini Exco Melaka Datuk Lim Ban Hong didakwa berucap di dalam masjid ketika menyampaikan sumbangan Hari Raya dan beliau turut dilabelkan sebagai Kafir.

Walau bagaimanapun Ketua Menteri Datuk Idris Haron berkata, sikap pembangkang yang suka menuding jari dan mencari ‘kambing hitam’ adalah sesuatu yang lazim kerana mereka tidak akan mengaku kesalahan sendiri walaupun telah terbukti bersalah.

Hakikatnya Ban Hong hanya memberi sumbangan Hari Raya di dewan serbaguna di tepi masjid, bukan dalam masjid.

Dalam hal ini, terserlah sifat pembangkang yang sanggup melakukan apa sahaja demi menutup kesalahan mereka apatah lagi melaga-lagakan sesama parti komponen dalam Barisan Nasional.

Dalam satu kenyataan penafian yang telah dibuat oleh Ketua Menteri memperjelaskan bahawa segala dakwaan tersebut adalah berniat jahat dan sebenarnya Ban Hong hanya memberi sumbangan Hari Raya di dewan serbaguna di tepi masjid, bukan dalam masjid.

Berbeza dengan Sivarasa apabila ia diadukan sendiri oleh jemaah masjid tersebut.

Tindakan Sivarasa juga telah menyebabkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah murka kerana baginda sebelum ini telah memberi peringatan rumah ibadah bukan tempat untuk berpolitik.

Baginda juga menyifatkan tindakan Sivarasa berucap dalam Masjid An-Nur di Kampung Melayu Subang, pada 24 Mei lalu, sebagai sudah melampaui batas.

Isu ini juga telah mendatangkan kemarahan rakyat kerna menyifatkan ianya satu tindakan yang tidak menghormati tempat ibadat orang Islam.

Dek kerana tidak berpuas hati dengan titah sultan itu, DAP cuba mencari isu supaya komponen BN juga dilihat melakukan kesalahan.

Namun hakikatnya sasaran mereka jauh tersasar.

Sengaja menjadikan Ban Hong sebagai “kambing Hitam” untuk dikorbankan bagi menutup kesalahan yang telah mereka lakukan maka DAP terus memburukkan nama MCA kononnya tidak peka dengan sensitiviti orang Islam.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana