CAMPURTANGAN ASING DITEGAH DALAM ISLAM – MUFTI

Para mufti bersependapat dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menolak campur tangan pihak asing bagi menyelesaikan isu-isu dalaman negara dan menyatakan perkara itu ditegah dalam Islam.

Mufti Pahang, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman berkata, mengikut syarak sekali pun hubungan luar hanya untuk tujuan mengajak kepada perkara-perkara berkaitan perpaduan serta dakwah, dan tidak sekali-kali untuk tujuan politik yang merosakkan.

Beliau bersetuju dengan pandangan Abdul Hadi Awang tentang beberapa tamadun dan peradaban Islam kecundang ekoran menjemput pihak asing untuk terbabit sama menyelesaikan ma­salah dalaman masing-masing.

Katanya, contoh buruk campur tangan asing dengan jelas dapat dilihat dalam beberapa siri pergolakkan politik yang berlaku di rantau Arab selama ini, termasuk isu baru-baru ini membabitkan hubungan antara Arab Saudi dan Qatar.

“Lihat sahaja apa yang berlaku di rantau Arab pada masa ini. Penyatuan sesama negara Islam di sana kini berpecah akibat dorongan dan campur tangan negara asing. Ini menunjukkan bagaimana kekuatan Islam itu tergugat kesan campur tangan negara luar yang mahu membawa kerosakan,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas surat terbuka oleh Abdul Hadi kepada parti-parti politik tempatan dengan menyelar kesanggupan beberapa pi­hak mendapatkan bantuan pi­hak asing demi meme­nuhi agenda masing-masing.

Presiden Pas itu mengingatkan umat Islam perlu memahami situasi hubungan antarabangsa terkini untuk memahami sikap pihak asing yang suka campur tangan dalam urusan negara lain dan paling dominan menyebarkan Islamofobia.

Kata Abdul Rahman, apa yang mengecewakan hanya negara-negara Islam sahaja yang gemar menjemput pihak asing bagi menyelesaikan masalah, yang sebaliknya tidak diamalkan oleh negara-negara barat dalam menyelesaikan isu domestik masing-masing.

Sementara itu, Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria berkata, Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka tiada keperluan untuk mendapatkan bantuan luar atas apa-apa dakwaan sekali pun untuk menyelesaikan masalah sekiranya pentadbiran dalaman sendiri mampu menyelesaikannya.

Katanya, perkara itu ditegah di dalam Islam apatah lagi jika penglibatan pihak asing itu adalah untuk memenuhi agenda politik yang mendorong kepada perpecahan dan pertelingkahan sesama umat.

“Tidak boleh. Mengapa perlu mendapatkan bantuan luar untuk campur tangan dalam tadbir urus dan penentuan dasar-dasar negara. Apa erti sebuah negara merdeka jika masih mengharapkan campur tangan asing yang boleh membawa kerosakkan,” katanya.

Tambahnya, campur tangan asing membahayakan Malaysia lebih-lebih lagi jika bantuan yang mahu diperoleh itu adalah dari negara-negara yang diketahui memusuhi Islam.

Utusan

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana