CALON PM: ANWAR TARIK DIRI? DIA MEMANG TAK LAYAK PUN!!

PERGADUHAN antara parti-parti dalam Pakatan berhubung siapa akan menjadi Perdana Menteri KALAU puak ini menang dalam PRU14, semakin parah bila Anwar umum untuk menarik diri dari menjadi calon Perdana Menteri Pakatan kelmarin.

Kita katakan parah sebab, walaupun dari mula Anwar memang tidak layak berikutan peruntukan perlembagaan berkaitan status banduan dan larangan berpolitik, tapi sekurang-kurangnya persepsi Anwar akan menjadi Perdana Menteri Pakatan ini, sedikit sebanyak telah mewujudkan ‘keseimbangan’ parti-parti dalam Pakatan berhubung siapa akan memimpin KALAU menang – sebelum parti Mahathir menyertailah.

Bila keseimbangan ini sudah hilang, agak- agak apa jadi?

Akan bertambah maraklah insiden berebut jawatan dalam Pakatan.  Masing-masing ada justifikasi sendiri kenapa orang dari parti mereka juga layak untuk menjadi Perdana Menteri.  Ingat, Anwar kata dia tarik diri, dia tak kata PKR atau isterinya tidak boleh jadi Perdana Menteri.  Dengan Anwar, selalu kena macam itu – ia bukan apa yang dia sebut tapi apa yang dia tak sebut, itu lebih bahaya.

Semua ini dengan keadaan belum tentu pun mereka akan menang, acah-acah boleh menang saja.

Justeru, penulis lebih kuat merasakan, sekalipun penarikan diri Anwar ini kononnya untuk menyelesaikan pergolakan dalam Pakatan berhubung siapa akan jadi Perdana Menteri selepas ini, Anwar sebenarnya menambah buruk situasi yang berlaku dalam Pakatan tidak rasmi itu.  Lebih kurang maksudnya, “kalau aku tak dapat, siapa pun tak boleh dapat”.  Sejarah Anwar melakukan ini sudah ada, iaitu ketika krisis Menteri Besar Perak 2009, penyudahnya satu pun tak merasa, balik ke tangan BN jugak semula.

Timing Anwar menyebutkan perkara ini pun menarik.  Sedang Mahathir dan kuncu-kuncu sibuk mensensasikan kenyataan DoJ yang tidak ada implikasi undang-undang langsung untuk memburukkan negara dan Perdana Menteri, dia pi cakap benda yang langsung tak berkaitan.  Nampak sangat tak membantu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana