APA PULA JAMAL BUAT DENGAN RANTAI DAN CINCIN ITU?

Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini menampilkan satu sindiran tajam kepada pembangkang melalui gimik tiga utas rantai dan sebentuk cincin berlian yang dikatakan dimiliki isteri Mo1.

Beliau mengejutkan para pengamal media dengan mendakwa memiliki semua rantai emas dan cincin berlian seperti yang dinyatakan dalam saman sivil Department of Justice (DoJ) dan dilapor oleh portal pro pembangkang, Malaysiakini.

“Hari ini saya membawakan kalung yang digambarkan oleh DoJ. walaupun yang sebenarnya inilah kalungnya, bukan seperti beredar di Facebook. Inilah kalung yang berjuta dolar itu.

“Ia berharga RM120 juta, dan inilah cincin berlian. Jadi bagaimana kita nak percaya tuduhan sedemikian, kalung berharga ratusan juta. Jadi, apa yang disebut DoJ itu saya telah dapatkan melalui beberapa sumber saya, inilah dia,” katanya.

Pada masa yang sama, Jamal terus menyindir pihak tertentu dengan mendakwa akan mendapat keuntungan jika melelong kesemua rantai emas dan cincin berlian tersebut.

“Insya-Allah dalam waktu terdekat, saya akan lakukan lelongan awam. Siapa yang berani bida,” katanya di Ampang, pada Rabu.

Aksi sinikal Jamal itu turut mencuit hati beberapa orang wartawan yang terhibur melihat gelagat Pengerusi Gabungan NGO Gerakan Merah Malaysia itu.

Pada minggu lalu, DoJ dalam samannya minggu lepas menyenaraikan beberapa barang kemas yang didakwa hasil daripada dana 1MDB.

Ia termasuk rantai dengan loket berlian merah jambu 22 karat yang dikatakan dimiliki oleh isteri Malaysian Official 1 (MO1).

Barang kemas lain yang disenaraikan termasuk yang didakwa diberikan kepada model jelita Australia Miranda Kerr dan ibu hartawan kontroversi, Jho Low.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana