Annuar anggap isu DOJ untuk pulas tangan hingga negara tunduk…Jahat Betul

RAKYAT, terutama umat Islam, sudah tahu apa itu "Keadilan ala Amerika", "Demokrasi ala Amerika" dan "Diplomasi ala Amerika."

Rakyat Iraq,  Palestin, Libya, Syria, Mesir,   Yaman dan beberapa negara lain telah  merasainya.

Satu daripada kepakaran mereka, serta agen-agennya, adalah keupayaan mempengaruhi dan menggunakan "kayu untuk menumbangkan kayu".

Mereka akan mencari alasan untuk mencampuri urusan dalam negara lain dgn menggunakan penentang, pemberontak dan pembangkang utk mewujudkan ketidakstabilan dan membawa kepada pertukaran rejim.

Mereka tidak akan berhenti memulas tangan dan telinga sehingga negara itu tunduk dan hidung dicucuk menjadi sekutu mereka.

Hanya solidariti rakyat dan ketahanan nasional serta pimpinan terkuat lagi stabil yang mampu menghalang mereka.

Malaysia tidak terkecuali kerana negara kita juga merupakan sebuah lagi negara Islam yang mengalami perkembangan mutakhir rantau ini serta kebangkitan pengaruh negara Cina melengkapkan alasan dan membuka selera Amerika, terutama agensi-agensi pimpinan/pro Zion, yang cukup berpengaruh di sana.

Dengan menjangkakan PRU14 akan diadakan pada bulan Ogos atau September atau Oktober nanti, mereka khususnya, DoJ, dengan koloborasi kayu-kayu yg mencari kuasa, melancarkan sekali lagi tindakan 'preemptive' mereka ke arah pertukaran rejim dengan satu perancangan halus tapi cukup rapi dan terselaras sekali.

Mereka tidak perlukan kebenaran, beban bukti dan tidak perlu mengikut 'rule of law' negara sasar.

Ia cukup sekadar aduan, tuduhan, insinuasi dan persepsi dalam mewujudkan ketidakstabilan sesebuah negara.

Dalam hal ini, kita ahli  UMNO yang selama ini menjadi tunjang dan benteng utama negara semenjak penentangan kita terhadap Malayan Union hingga kini, harus berupaya dan melipatgandakan iltizam dalam bersolidariti serta wala' bersama saf pimpinan.

Saya menyeru seluruh ahli UMNO terus mempamerkan ketahanan dan jati diri pada tahap tertinggi bersama semua pihak lain yang sedar serta bersedia memperkasakan perpaduan umah dan mengukuhkan tahallul siyasi bersama kita.

Saya menyeru seluruh kekuatan jentera Penerangan parti di semua peringkat agar tidak mudah alpa, malah sebaliknya melipatgandakan usaha memerangi setiap fitnah, ugutan, perang saraf yang datang dalam pelbagai bentuk dan jenis saluran media.

Watawa saubil haq, watawa saubil sabr.


- TAN SRI ANNUAR MUSA (TSAM),
KETUA PENERANGAN UMNO
MALAYSIA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana