AMK TIDAK MAHU DR MAHATHIR TAWAR DIRI JADI PERDANA MENTERI....

Tindakan Angkatan Muda Keadilan (AMK) menggesa Tun Dr Mahathir Mohamad membuat pengumuman yang sama seperti pemimpinnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk tidak menawarkan diri sebagai Perdana Menteri Pakatan Harapan (PH) menunjukkan bahawa PKR dan sayap muda parti itu tidak mahukan Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri.

Bagi Timbalan AMK, Dr Afif Bahardin, Dr Mahathir seharusnya menggunakan kapasitinya sebangai 'negarawan' untuk memberi nasihat dan panduan kepada gagasan itu dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 nanti bukan mengejar jawatan dan pangkat dalam negara. AMK berharap Dr Mahathir tidak akan menawarkan diri untuk bertanding sekaligus tidak menawarkan diri untuk menjadi calon perdana menteri.

Parti komponen Pakatan Harapan kini dikatakan bertelagah mengenai struktur organisasi baru pakatan itu selepas Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak diberikan jawatan utama dan sekadar menjadi timbalan. Anwar yang dinamakan penasihat dalam senarai itu menolak pengerusi PH mempunyai kuasa pemutus sebaliknya hanya perlu diberi tugas-tugas menyelaras. Dr Mahathir pula tidak putus-putus untuk menawarkan dirinya untuk menjadi Perdana Menteri semula.

Pendek kata, Dr Mahathir tu sendiri perlu sedar bahawa PKR tidak akan sesekali menerima dia kembali sebagai seorang pemimpin di atas tindakan yang telah dilakukannya sebelum ini.Selama hari ini, kepimpinan PKR seringkali melabelkan Tun Mahathir seorang pemimpin yang "Mahakejam" dan "Mahazalim" sewaktu mentadbir Kerajaan yang turut dianggap sebagai Diktator.

Jadi bagaimana mungkin mereka boleh sewenang - wenangnya menerima bekas Perdana Menteri itu sebagai pemimpin tertinggi mereka? Pakatan Pembangkang hanya menerima Dr Mahathir hari ini kerana mereka ingin menggunakannya sebagai alat untuk memecah belahkan Melayu dan mempergunakan pengaruh dan kekayaannya. Apa yang pasti Dr Mahathir bukan calon yang hendak dijadikan Pakatan Pembangkang sebagai pemimpin mereka.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana