22 Tahun Jadi PM, Rakyat Hadapi Masalah, Anak Beliau Kaya

Selama 22 tahun Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri, apa yang rakyat dapat hanyalah dua kali ekonomi mengalami masalah dan berbilion ringgit rugi akibat dua skandal tetapi yang banyak menerima hasil dan kaya raya, hanya anak-anak beliau sahaja.

Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao dalam satu kenyataan hari ini berkata rakyat pada masa itu menderita ketika kemelesetan ekonomi tahun 1985 dan kegawatan ekonomi pada sekitar 1997 dan 1998 menyaksikan rakyat ramai kehilangan pekerjaan.

Menurut beliau, pada masa itu juga dua skandal yang membabitkan pentabiran Mahathir dan memburukkan imej negara berlaku iaitu skandal Bumiputera Malaysia Finance di Hong Kong dan kemudian skandal kerugian akibat dagangan mata wang yang dikatakan berlaku sekitar 1990-an.

“Pada masa itu, apa yang rakyat dapat? Akibat dua skandal ini Malaysia telah kerugian berbilion ringgit. Adakah ini gaya kepimpinan seorang Perdana Menteri yang layak kita gelarkan sebagai negarawan.

“Kita harap kerajaan akan siasat punca segala kerugian ini kerana ia mungkin ada kaitan dengan Mahathir memandangkan beliau adalah seorang Perdana Menteri ketika itu,” katanya.

Lebih menghairankan, ketika negara menghadapi pelbagai krisis pada masa itu, anak-anak Dr Mahathir antraanya Mokhzani dan Mirzan mencipta kekayaan demi kekayaan dan berjaya memiliki aset bernilai berbilion ringgit.

Bagaimana mereka boleh kaya ketika negara sedang menghadapi cabaran ekonomi dunia dan ramai rakyat hilang pekerjaan.

“Itulah bukti Mahathir adalah Perdana Menteri yang paling bodoh dan paling korup dalam sejarah negara meletakkan negara dalam dua kali kebinasaan melibatkan masalah ekonomi.

“Bila kita minta penjelasan dari mana datang sumber kekayaan anak-anaknya, sehingga ke hari ini Mahathir enggan melayan mahupun menjawabnya.

“Kita akan terus tuntut siasatan dan Mahathir buka mulut dan jawab perkara ini kerana kehilangan wang yang berlaku pada ketika itu juga sudah cukup membuatkan rakyat hidup penuh kesusahan dan penuh beban,” kata Ramesh.

Dalam kenyataan itu, beliau turut menyatakan hasil usaha kerja kerasn PMSP juga, kerajaan sudah pun menubuhkan satu Pasukan Petugas Khas untuk menyiasat punca dan siapa dalang sebenar skandal perdagangan mata wang asing yang berlaku pada ketika itu.

“Kita harap siasatan akan selesai dan punca berlakunya skandal berkenaan dan siapa yang bertanggungjawab akan terdedah juga akhirnya,” kata beliau.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana