Tolak pemerkasaan Mahkamah Syariah tunjuk sikap sebenar Hannah Yeoh

Tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Hannah Yeoh menolak usul memperkasakan Mahkamah Syariah Negeri Selangor dibahas pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang amat dikesali.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Datuk Sulaiman Abdul Razak membidas penolakan usul tersebut dan menyifatkan ia sebagai satu halangan untuk memartabatkan syiar Islam di negeri itu.

“Memang mengecewakan, belum pun dibahas di dewan, tetapi telah disekat usul memperkasakan Mahkamah Syariah di Selangor,” katanya kepada BNBBC.my portal.

Mengulas lanjut, Sulaiman menjelaskan, usul tersebut hanya untuk meningkatkan prasarana pentadbiran Mahkamah Syariah di negeri itu dan bukan berkaitan dengan Rang Undang-Undang 355.

“Pemerkasaan ni bukan untuk pindaan RUU 355, tetapi lebih kepada prasarana mahkamah.

“Antaranya kekurangan hakim di Mahkamah Syariah yang menyebabkan banyak kes tertangguh sehingga ada cadangan untuk melaksanakan prosiding mahkamah di waktu malam dan hujung minggu,” jelasnya lagi.

Tambahnya lagi, akibat kekurangan hakim di mahkamah Syariah banyak memberi kesan kepada emosi kepada mereka yang terbabit kerana terpaksa melalui tempoh yang lama sebelum sesuatu kes itu dapat diselesaikan.

“Jadi banyak kes penceraian, nafkah anak, tuntutan penjagaan anak, pembahagian harta pusaka terpaksa ambil masa yang lama.

“Bukan sahaja emosi terganggu, kos yang tinggi terpaksa dikeluarkan untuk bayaran guaman dan ulang alik ke mahkamah,” jelasnya lagi.

Menurut Sulaiman lagi usul itu juga bercadang untuk mempertingkatkan mahkamah syariah setaraf dengan mahkamah sivil.

“Kalau mahkamah sivil ada beberapa level dari mahkamah rendah hingga ke mahkamah tinggi, kita nak mencadangkan Mahkamah Syariah di Selangor untuk mempunyai level seperti mahkamah sivil,” katanya.

Apa yang dikesalkan, kata Sulaiman tindakan Hannah Yeoh ini seperti membenarkan dakwaan bahawa Speaker DUN Selangor sebagai anti Islam susulan kontroverdi buku yang ditulisnya berjudul ‘Becoming Hannah’ baru-baru ini.

“Alasan yang diberikan ialah Kerajaan Negeri Selangor telah memperkasakan Mahkamah Syariah boleh dipertikaikan.

“Memang usul ini nampak umum sebab ia belum diperhalusi lagi, tetapi saya merasakan ia sebagai alasan sahaja untuk menolak usul ini.

“Jadi saya melihat bahawa Speaker memang mengelak usaha untuk memantapkan Islam di Selangor kerana sebelum ini dia pernah menolak usul saya supaya tidak menghalang JAIS merampas kitab bible versi Melayu di Selangor,” jelasnya lagi.

Usul pemerkasaan Mahkamah Syariah telah dikemukakan oleh Sulaiman pada sidang DUN Selangor sesi November tahun lepas.

Bagaimanapun usul ini telah ditolak untuk dibahas oleh Speaker dan surat rasmi penolakkan itu telah diserahkan kepada Sulaiman.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana