PAS jangan pura-pura kuat, sindir AMK...Kata Kat Parti lain...PKR Belum Tentu Lagi Menang Di Selangor Tau

AMK mengingatkan bekas rakan kerjasama politiknya iaitu PAS, supaya tidak mengaku kuat dan berpijak di bumi yang nyata.

Timbalannya Dr Afif Bahardin berkata, segala tohmahan dan dakwaan yang dibuat parti itu ke atas PKR adalah tidak berasas.

"Baru-baru ini ada parti, lainlah. Parti lain sebut Keadilan ini bukan parti akar umbi, kata kita tiada jentera. Tak mampu gembleng sokongan rakyat. Saya nak beritahu parti ini, kalau daripada merdeka bertanding tak menang-menang jangan mengaku kuatlah.

"Keadilan hari ini baru 18 tahun. Muda, remaja. Waktu itulah paling tangkas, paling lincah, paling lasak. AMK akan buktikan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ini kita paling berdepan dalam menghadapi Barisan Nasional," katanya dalam ucapan penggulungan Kongres Nasional Angkatan Pemuda Keadilan ke-12 di Pusat Konvensyen IDCC Shah Alam di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau yang juga Ketua Penerangan PKR Pulau Pinang turut menyifatkan tindakan bekas rakan kerjasamanya itu untuk tidak bersama blok pembangkang dalam menghadapi PRU akan datang sebagai pengkhianat rakyat.

"Kalau orang tak mahu bersama kita, tinggalkan mereka kerana kita tahu mereka akan bersama kita kerana kita mahukan perubahan. Tadi saya sebut kawan kita yang tuduh kita macam-macam.

"Kita sabar kita terima tetapi saya nak bagi tahu sekarang ini rakyat melihat mereka sebagai pengkhianat kepada harapan rakyat yang mahukan perubahan," tambahnya.

Konflik PAS-PKR sampai ke kemuncaknya apabila Majlis Syura Ulama PAS membuat keputusan menceraikan PKR dengan alasan parti itu banyak mengkhianati perjanjian kerjasama di antara mereka.

Semalam, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sekali lagi menegaskan parti itu tidak akan menyertai Pakatan Harapan (PH) sebaliknya sedang memperkasakan blok pembangkang ke-3 bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Malah Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehen Mukhyi menegaskan, rundingan yang akan dijalankan bersama PKR lebih membincangkan soal kedudukan tiga Exco parti itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana