Najib lawat Hadi di IJN... doa cepat sembuh..Kita Berbangga Dengan PM Kita Eratkan Sesama Islam

Dalam kesibukan tugasnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pagi ini meluangkan masa melawat Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Institut Jantung Negara (IJN).

Lawatan itu bagi menziarahi Abdul Hadi yang selamat menjalani pembedahan injap jantung berikutan keadaan kesihatannya tidak mengizinkan.

Dalam masa yang sama, Datuk Seri Najib menerusi laman twitter miliknya turut mendoakan kesejahteraan Abdul Hadi yang dimasukkan ke IJN sejak 15 Mei lalu.

“Alhamdulillah, pembedahan berjalan lancar. Sama-sama kita doa beliau segera sembuh dan dalam lindungan Allah SWT,” katanya.-18/5/2017 *gambarfail

IJN dalam satu kenyataan sebelum ini berkata, pembedahan selama tiga jam itu berjalan lancar sebagaimana yang dirancang.

Abdul Hadi sebelum ini pernah dimasukkan ke IJN pada tahun lalu sekitar Januari dan Oktober. Media melaporkan ia hanya sekadar rawatan susulan biasa yang dijadualkan oleh pakar.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana