NAJIB HANYA AMBIL MASA 7 BULAN UNTUK BAWA MASUK PELABURAN RM366 BILION

Jumlah RM366 bilion adalah satu angka yang besar dan ia merupakan pelaburan yang dibawa masuk ke Malaysia oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sepanjang tempoh tujuh bulan ini.

Jangan terkejut dengan angka berkenaan kerana ia diperolehi hasil hubungan baik yang dijalinkan dengan negara terbabit.

Daripada jumlah berkenaan, RM175 adalah pelaburan dari China, hasil dua lawatan Najib ke negara berkenaan pada November tahun lalu dan beberapa hari lepas, manakala RM31 bilion pula adalah pelaburan dari Arab Saudi selepas kunjungan rasmi Raja Salman Abdulaziz Al-Saud pada Februari lepas.

Sementara baki RM160 bilion pula dicapai hasil lawatan rasmi Najib ke India pada bulan April lalu.

Ia merupakan satu olahan yang baik daripada Najib, yang menunjukkan perimbangan kuasa yang baik di mana Malaysia berjaya menjalin hubungan yang baik dengan negara kuasa besar China.

Dan ternyata jumlah pelaburan yang besar itu telah melenyapkan tuduhan bahawa Malaysia akan bankrap, seperti yang bermain di mulut pembangkang selama ini.

Apa yang pasti ia menunjukkan kemenangan politik bagi Najib tatkala beliau diserang oleh pembangkang.

Tuduhan-tuduhan tidak munasabah melibatkan 1MDB serta sumbangan derma RM2.6 bilion yang diterima daripada Arab dibuat pembangkang kerana cemburu dengan kejayaan yang dicapai oleh Perdana Menteri .

Apabila kejayaan itu dicapai, sudah tentu ia merupakan satu kegagalan kepada pembangkang yang selama ini menabur pelbagai cerita buruk.

Sehingga kini tuduhan-tuduhan tidak masuk akal itu terus mereka sebarkan walaupun kita tahu semua tuduhan berkenaan telah diperjelaskan.

Hakikatnya, melalui kerjasama dengan negara-negara seperti China, Arab Saudi dan India itu, ia menunjukkan bahawa negara luar menaruh keyakinan penuh terhadap kestabilan ekonomi dan politik di Malaysia.

Pada masa yang sama ia meletakkan hubungan dua hala antara Malaysia dengan negara luar pada kedudukan yang terbaik dan pada tahap yang tertinggi.

Jumlah pelaburan berkenaan dicapai dalam masa tujuh bulan, bayangkan kalau sampai hujung tahun? Tentu jumlah semakin meningkat dan bayangkanlah betapa banyak peluang pekerjaan yang dapat dibekalkan kepada rakyat.

Mengikut piawaian Bank Negara, Malaysia berada pada landasan yang betul dalam landskap ekonomi yang mampu bertahan dan pengurusan kewangan negara yang terkawal.

Najib telah buktikan bahawa sifat sabar disusuli dengan strategi teliti akhirnya menunjukkan hasil yang memberangsangkan. Tiada siapa boleh menafikan pelaburan yang dibawa masuk oleh beliau. Ia juga adalah tanda kemenangan kepada rakyat yang menyokong dan mempertahan beliau daripada serangan pembangkang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana