LETAK JAWATAN SERTA MERTA… PKR CUBA AJAR PAS KONONNYA MEREKA PARTI ADA PRINSIP – NAZRI

Keputusan Biro Politik PKR yang memutuskan supaya semua lantikan politik parti terbabit di dalam kerajaan negeri Kelantan dilepaskan berkuatkuasa serta merta dianggap sebagai tekanan secara halus agar ketiga-tiga Exco Pas di Selangor mengambil langkah yang sama.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO Selangor, Mohd Nazri Amin berkata keputusan itu juga secara simboliknya bukan sahaja terhad kepada jawatan Exco di dalam kerajaan negeri semata-mata malah diyakini melibatkan pelbagai jawatan lain yang membabitkan lantikan secara politik.

Menurut beliau gerakan secara halus itu adalah untuk ‘mengajar’ Pas yang sebelum ini mengambil keputusan memutuskan tahalluf siyasi dengan parti berkenaan, namun masih ‘berdegil’ mempertahankan jawatan Exco serta pelbagai jawatan lantikan politik yang lain di Selangor.

“Agenda ini dilihat cukup halus…pertamanya untuk memalukan Pas yang tentuanya akan dipandang serong oleh rakyat berhubung isu terbabit dan keduanya adalah untuk menunjukkan kepada masayarakat di luar sana bahawa PKR adalah sebuah parti yang kononnya berprinsip.

“Dan yang tentunya gembira adalah rakan-rakan baharu parti-parti yang bernaung di dalam pakatan harapan kerana peluang untuk menggalas jawatan berkenaan semakin terbuka. Hannya tunggu masa dan ketikanya sahaja untuk mendakap erat jawatan terbabit,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Pada masa yang sama Nazri menimbulkan persoalan berhubung keputusan berkenaan yang dibuat tanpa kehadiran Timbalan Presiden Parti, Datuk Seri Azmin Ali.

“Timbul keraguan di sini apabila mesyuarat diadakan tanpa kehadiran Menteri Besar, Datuk Seri Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden PKR yang dilaporkan berada di luar negara. Sewajarnya tunggulah kepulangan orang nombor dua di dalam parti untuk mengadakan mesyuarat.

“Takkan tidak boleh tunggu atau tangguhkan untuk sementara waktu mesyuarat terbabit sehingga kepulangan orang nombor dua di dalam parti. Lagi pun Azmin takkanlah berada di luar negara untuk tempoh yang cukup panjang,” ujarnya.

Dalam perkembangan sama, beliau turut melihat keputusan terbaru Pas hari ini yang meletakkan keputusan di tangan Azmin akan merumitkan lagi keadaan berkenaan.

“Ini kerana tentunya Azmin masih mengharapkan Pas kerana tanpa cadangan daripada parti berkenaan sebelum ini amat mustahil Azmin berada pada kedudukannya hari ini di dalam kerajaan negeri Selangor. Kita tunggu apa sandiwara selepas Azmin balik daripada luar negara nanti,” katanya.

Teka-teki berhubung kedudukan Exco Pas di dalam kerajaan Selangor terus menjadi bualan kepada masyarakat umum setelah parti terbabit di dalam muktamarnya sebelum ini mengambil keputusan memutuskan tahalluf siyasi dengan parti berkenaan.

Biro Politik PKR sebelum ini ini memutuskan supaya semua lantikan politik PKR dalam kerajaan negeri Kelantan dilepaskan berkuatkuasa serta merta.

Dalam kenyataan yang dibaca Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, perkara itu juga telah disampaikan kepada pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Kelantan.

Terkini dilaporkan tiga exco Pas akan kekal dalam kerajaan negeri Selangor sehingga Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali membuat keputusan dan mendapatkan perkenan Sultan Selangor, kata Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan. –MediaUMNO

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana