KONGRES AMK KE-12 HAMBAR...PADAN MUKA PKR

Perbahasan usul Kongres Tahunan Angkatan Muda Kebangsaan (AMK) ke-12 hambar apabila sebahagian besar kerusi perwakilan yang disediakan di Pusat Konvensyen Hiasan Dalaman (IDCC), di sini kosong.

sejam majlis perbahasan bermula selepas waktu rehat, kelihatan hanya kira-kira 200 perwakilan memenuhi ruang tempat duduk yang disediakan kepada lebih 500 perwakilan itu.

Kebanyakan perwakilan yang datang berlegar di luar dewan sehingga memaksa pengerusi tetap majlis untuk membuat pengumuman, manakala petugas parti keluar meminta mereka supaya masuk ke dewan.

Malah, sepanjang sesi perbahasan kebanyakan wakil negeri lebih gemar membangkitkan isu lama seperti 1Malaysia Development Berhad (IMDB), Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), keengganan pelabur masuk ke negara ini, kos sara hidup dan pengangguran, selain mendakwa Kerajaan Persekutuan meminggirkan Sarawak dan Sabah daripada arus kemajuan.

Selain itu, pembahas turut melaungkan reformasi serta menuntut Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana