Desak EXCO PAS berhenti, PAN gila kuasa

Tindakan pimpinan kanan PAN membuat desakan ke atas tiga EXCO PAS meletak jawatan jelas mempamerkan sikap gelojoh mereka untuk mengambil tempat parti Islam itu dalam kerajaan Selangor.

Penulis politik maya, Lim Sian See berkata perilaku  itu juga menyerlahkan sikap sebenar mereka yang ‘gila kuasa’ sejak meninggalkan PAS pada akhir 2015.

“Pimpinan PAN seperti Mat Sabu, Salahuddin Ayub serta Khalid Samad dan Datuk Mahfuz Omar yang masih bergelar ahli PAS juga membuat desakan bertalu-talu bermatlamat untuk mencuri jawatan EXCO Kerajaan Selangor demi dua ADUN mereka di negeri itu,” dakwa beliau pada Rabu.

Situasi kemelut Kerajaan Selangor bermula selepas Majlis Ulama PAS pada 11 Mei lalu membatalkan hubungan politik dengan PKR.

Bagaimanapun, PAS Selangor dan pimpinan kanan  dilaporkan berkata tiga EXCO serta akar umbi mereka dalam kerajaan negeri tidak perlu meletak jawatan kerana mendapat mandat rakyat pada Mei 2013.

Jelas Sian See, perilaku pimpinan PAN juga merupakan satu sindiran kepada mereka sendiri.

“Kelakar bila mereka mempersoalkan prinsip  tiga EXCO PAS yang tidak menghormati keputusan Majlis Syura Ulama membatalkan hubungan politik dengan PKR.

“Tapi pada masa yang sama mereka tidak meletak jawatan sebagai ADUN atau Ahli Parlimen ketika meninggalkan parti Islam. sedangkan mereka memenangi kerusi berkenaan di bawah tiket PAS,” kata penulis itu lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana