CALON PM : 67% ‘MACAI’ PEMBANGKANG PILIH MAHATHIR, AMK PULA TETAP MAHUKAN ANWAR

Nak Kata Bodoh Dan Bangang Geng PKR akan kata kita marah...Sebab apa Yang tertubuh PKR adalah kerana MADEY yang mendakwa ANWAR meliwat sehingga ahli baru PKR tak sedar ker Siapa kah itu MADEY....?

Ketika sesetengah ahli politik dan penyokong Pakatan Harapan (PH) cuba menaikkan nama Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri, Angkatan Muda Keadilan (AMK) bertindak sebaliknya dengan menamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam ucapan dasar Kongres Nasional PKR di sini, semalam, berkata keupayaan Anwar menggerakkan massa merentasi ideologi dilihat tiada tandingan oleh mana-mana pemimpin lain.

“Tanpa ragu-ragu, AMK mengusulkan kepada parti dan Pakatan Harapan supaya kita menamakan Anwar sebagai calon Perdana Menteri kita dalam PRU-14.

“Kejayaan beliau membina gerakan massa yang luas, merentas ideologi serta berkomunikasi dengan rakyat tiada tandingan,” katanya.

Malah katanya lagi, Anwar berjaya mencipta resepi untuk melonjakkan kekuatan sedia ada.

“Selepas bebas pada 2004, dan sebaik pulang dari Munich, beliau terus mengatur pelbagai pertemuan untuk membina kesepakatan.

“Beliau juga menawarkan Agenda Ekonomi Malaysia sebagai wacana tanding kepada kemelut ekonomi politik negara,” ujarnya.

Sebelum ini Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mendakwa kaji selidik yang dilakukan parti itu menunjukkan Dr Mahathir calon kedua paling popular sebagai Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang menang PRU14.

Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula didakwa calon paling popular untuk jawatan tersebut manakala Anwar hanya menduduki tempat keenam.

Kaji selidik PPBM itu memberi gambaran Anwar sebagai bekas Ketua Pembangkang bukan lagi calon popular Perdana Menteri dikalangan pengundi pro pembangkang.

Dalam perkembangan berkaitan, Datuk Zaid Ibrahim sekutu rapat Dr Mahathir pada minggu lalu turut mempromosikan nama bekas Perdana Menteri keempat itu sebagai calon PM yang mampu menyatukan pakatan pembangkang.

“Bagi saya, terdapat hanya satu peluang kecil untuk pembangkang memenangi pilihanraya umum akan datang iaitu dengan mereka memujuk Tun Mahathir untuk bersetuju dipilih sebagai calon Perdana Menteri kerajaan baru nanti,” katanya.

Sementara itu, tinjauan atas talian yang dilakukan portal Malasiakini menyaksikan 67 peratus penyokong PH bersetuju memilih Dr Mahathir sebagai calon Perdana Menteri.

Dari 3,999 pemilih atas talian itu, 28 peratus menyatakan ‘tidak’ untuk soalan “Patutkah Mahathir dinamakan calon Perdana Menteri?” dan lima peratus lagi menjawab ‘tidak pasti’ dan ‘tidak kisah’.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana