Bersatulah... 'musuh' Islam mahu rampas kuasa - PAS...Inilah Yang Kita Mahukan Pada PAS...Alhamdulilah

PAS menggesa umat Islam berhenti bercakaran sesama sendiri kerana ini boleh mewujudkan 'musuh' di kalangan penganut agama ini sendiri yang ingin merampas kuasa.

Hal itu ditegaskan Ketua Penerangannya, Nasruddin Hassan, yang mengingatkan usaha meningkatkan kesatuan sesama Islam adalah penting meskipun wujud perbezaan mazhab fiqah dan fahaman politik.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan siapakah 'musuh' Islam itu, namun menegaskan ia sebagai ingatan penting kepada seluruh umat.

"Musuh Islam telah bersatu biarpun berbeza ideologi dan parti untuk menguasai ekonomi dan politik negara.

"Mereka lupakan sempadan dan batas antara mereka untuk melampiaskan dendam dan merealisasikan kebencian terhadap Islam.

"Jangan hanya kerana beza mazhab fiqah dan fahaman politik, kita bertelagah tanpa noktah.

"Bercakar tidak sudah dalam perkara remeh dan furu', akhirnya ummah hilang kekuatan lantas binasa," katanya dalam satu kenyataannya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana