Zakir Naik adalah Pemastautin Tetap (PR) Malaysia sejak lima tahun lalu...

Pendakwah terkenal Dr Zakir Naik yang berasal dari India adalah pemilik status Pemastautin Tetap (PR) Malaysia sejak lima tahun lalu.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi yang mengesahkan demikian namun berkata beliau bukan pemilik status sebagai warganegara Malaysia.

Katanya status itu diberi sebelum beliau memegang jawatan Menteri Dalam Negeri.

Zahid ditemui wartawan selepas satu majlis di Putrajaya Selasa untuk mengulas hasrat kerajaan India untuk menyiasat Zakir Naik.
"Saya ingin mengesahkan bahawa beliau berstatus penduduk tetap di Malaysia. Tetapi beliau bukan warganegara Malaysia.

"Saya fikir kedudukan beliau bertaraf penduduk tetap adalah lima tahun lalu sebelum saya jadi Menteri Dalam Negeri,"katanya.

Timbalan Perdana Menteri menjelaskan untuk proses ekstradisi, Zakir Naik bukan saja tinggal di Malaysia tetapi juga tinggal di beberapa negara lain.

"Ini bukan soal serah menyerah tetapi soal siasatan, jadi kita mengikut sistem perundangan yang ada di negara kita dan kerangka hubungan diplomatik yang ada.

"Jika ada permintaan (daripada kerajaan India) kita akan bekerjasama,"katanya.

Pada satu ceramah di Kuala Lumpur Ahad lalu Zakir Naik kata beliau sedia di siasat oleh pihak berkuasa India di lokasi yang berkecuali seperti di Malaysia.

Pihak berkuasa India antara lain hendka menyiasat beliau atas kes pengubahan wang haram.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana