Zahid sibuk turun padang... tak jejas dengan fitnah

Timbaan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tidak terganggu dengan “fitnah” pembangkang sebalik macam biasa turun padang balik ke kawasan parlimennya Bagan Datuk.

Pada Sabtu lepas, beliau mempunyai program  padat di Perak. Kemuncak program ialah di Kuala Kangsar apabila  kira-kira  5,000 orang membanjiri   program Ekspresi Negaraku: Simbol Cinta Rakyat Pada Negara di Dataran Pavillion, yang dirasminya.

Yang teruja melihat kehadiran beliau selain media juga mereka yang mengikut perkembangan politik semasa. Lebih-lebih lagi isu perlantikan Datuk Seri Hishamuddin Hussein,sebagai Menteri Tugas-tugas Khas di Jabatan Perdana mentee menjadi sensasi.

Pembangkang mempermodal isu ini dengan pelbagai dakwaan songsang sehingga sebahagian rakyat merasakan perlantikan Hishamuddin “satu petanda tidak positif buat masa depan politik Zahid.”

 Namun ketika di Kuala Kangsar sokongan pada Zahid  begitu ketara apabila teriakan serta tepukan bergemuruh mengiringi kehadirannya. Timbalan Perdana Menteri kelihatan selesa apabila didekati orang ramai yang bersalam dengannya.

Dalam pertemuan dengan media, Zahid berkata perasaan cinta dan semangat keMalaysiaan harus tercetus di dalam diri setiap warga  kerana mereka adalah rakyat negara ini.

Katanya nilai kebersamaan dan rasa sepasukan di kalangan masyarakat merupakan intipati utama yang akan mengukuhkan integrasi nasional secara mendalam. Justeru mereka harus mengenepikan sebarang perbezaan, baik dari pemikiran dan politik, untuk bersatu di atas nama Malaysia.

“Semangat sebagai rakyat Negara ini, tidak secara formal dan ianya harus tercetus dengan tidak ada kerelapaksaan,ketikanya telah sampai untuk kita ketepikan semua perbezaan,” katanya.

 Beliau berkata demikian  kepada pemberita  selepas merasmikan Program Ekspresi Negaraku: Simbol Cinta Rakyat Kepada Negara yang kini menjelajah sehingga ke Perak sebagai lokasi ketiga di sini pada Sabtu.

Kira-kira 5,000 orang menyertai program yang bermula seawal pukul 6.15 pagi dengan pelbagai pengisian program serta penyertaan agensi kerajaan malah menampilkan Ikon Negaraku seperti Pak Mazwin (pembuat sulung keris diraja Malaysia), Master Siow (Adiguru Tarian Singa Malaysia) dan ramai lagi di Dataran Pavillion, Kuala Kangsar.

Seperti diutarakan Zahid, program ini memperlihatkan nilai murni yang baik untuk kita berkongsi segalanya sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira mengenai ideologi politik.

Katanya lagi “mereka harus bersikap berlapang dada, berfikiran terbuka dan tidak harus melihat dari sudut kepartian tetapi kita sebagai satu negara keseluruhannya.”

Sementara itu mengulas isu lain, beliau menjelaskan bahawa sistem tiga aliran sekolah menengah tidak wajar dihapuskan sebaliknya kurikulum pendidikan untuk memantapkan integrasi nasional perlu dirangka secara teliti.

Zahid  berkata sistem pendidikan sedia ada seharusnya diperkukuhkan untuk melahirkan nilai integrasi nasional tanpa mengetepikan Dasar Pelajaran Kebangsaan.

“Jangan salah tafsir bahawa sistem tiga aliran dihapuskan sebaliknya kita kena memperkukuhkan sistem itu, di peringkat sekolah rendah.

“Tetapi di peringkat sekolah menengah kurikulum yang baru untuk mewujudkan bangsa Malaysia hendaklah dilihat dengan lebih teliti,” katanya, sambil menambah “Saya tidak menyarankan penghapusan sekolah pelbagai aliran dan Dasar Pelajaran Kebangsaan sebenarnya menyebutkan bahawa bahasa-bahasa ibunda harus digalakkan pengajarannya.”

Katanya, beliau langsung tidak pernah mencadangkan agar sekolah vernakular dihapuskan. Yang diucapnya ialah meminta aktiviti kokurikulam di sekolah vernakular dipertingkalan supaya dapat mengukuhkan perpaduan dalam masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia.

“Saya tidak pernah meminta sekolah vernakular dihapuskan. Tolong jangan salah tafsir kenyataan saya. Saya percaya kita perlu mengukuhkan sistem pendidikan bagi menggalakkan integrasi negara.“Dasar Pendidikan Negara jelas menyatakan bahawa penggunaan bahasa ibunda amat digalakkan di sekolah rendah.

“Namun kita perlu mencari jalan untuk memperkukuhkan pendidikan kokurikulam supaya integrasi dan perpaduan negara dapat dicapai,” katanya.

Terdahulu isu ini disensasikan apabila beliau dipetik  mencadangkan sistem pendidikan negara dikaji semula demi kepentingan perpaduan negara disebabkan sistem yang sedia ada dengan kewujudan pelbagai medium (sekolah) menyukarkan interaksi antara kaum dalam kalangan murid.

Hal ini berlaku semasa sesi soal jawabnya di Kuala Lumpur pada Jumaat; Zahid dipetik berkata kewujudan pelbagai jenis sekolah dari peringkat pra-sekolah sehingga sekolah menengah sebagai halangan untuk mencapai perpaduan negara.

Sementara itu ketika di Pasir Salak, Timbalan Perdana Menteri  mahu sumbangan agromakanan kepada Keluaran Dalam Ngara Kasar (KDNK) ditingkatkan daripada 3.3 peratus tahun lalu kepada lima peratus menjelang hujung Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11). Peranan kerajaan-kerajaan negeri ditagih bagi memastikan tiada lagi tanah terbiar dan penggunaan tanah-tanah sedia ada dioptimumkan.

Ucapan itu dibuat ketika berucap melancarkan program Gelombang Tani Nasional 2017 di Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Seberang Perak dekat Pasir Salak, pada hari sama.

Pada masa sama,Zahid juga meminta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memperbanyakkan program motivasi untuk mengubah sikap petani supaya berdaya maju dan berdaya saing.

Zahid yakin, sasaran itu mampu dicapai sekiranya semua pihak memberi komitmen, seperti yang dilakukan negara Belanda yang menjadi pengeluar produk pertanian kedua tertinggi di dunia.

“Seluruh negara Belanda itu sebesar Pahang sahaja tetapi mereka menjadi pengeluar bahan pertanian yang kedua terbesar di dunia selepas Amerika Syarikat.

“Apatah lagi kalau kita melihat secara holistik, Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Sabah, jika dimobilisasikan gelombang tani ini, saya fikir, kalaupun tidak lebih daripada Belanda, insya Allah kita akan menjadi pesaing utama Belanda dari segi pengeluaran produk-produk pertanian di dunia ini,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana