Zahid ingatkan pertubuhan belia jangan buat program syok sendiri...

Pertubuhan belia di negara ini digesa berubah dengan menjenamakan semula pengisian program terutama dari aspek semangat dan pendekatan agar terus relevan dengan citarasa anak muda zaman kini.

Organisasi belia tidak harus diberi gambaran oleh masyarakat terutama generasi Y dan milenium yang merasakan bahawa organisasi belia tidak lagi relevan dengan mereka.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan organisasi belia di negara ini mesti terus relevan.

“Kita tidak mahu organisasi belia adalah organisasi lemau...maka tidak ada lagi kebugaran di dalam organisasi belia, ianya mesti diisi aktiviti sesuai dengan citarasa masyarakat belia hari ini dan 30 tahun akan datang,” kata Ahmad Zahid ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan Gerakan Belia 4B Malaysia Ke-38 di Kuala Lumpur, petang Jumaat.

Ahmad Zahid menyeru organisasi belia memikirkan idea-idea segar yang sesuai dengan aspirasi generasi Y dan milenium selain mengelak daripada mengadakan program-program bersifat 'syok sendiri'.

“Kalau setakat buat program rombongan ke Medan, Phuket, ke Bali, itu cerita lama. Belia sekarang jangan disogok dengan semua itu.

“Belia sekarang mahu aktiviti dan pengisian program yang relevan dengan citarasa mereka...jangan buat program syok sendiri,” kata beliau.

Timbalan perdana menteri mahu Gerakan Belia 4B menjadi tulang belakang kepada kerajaan dalam menarik generasi muda untuk bersama-sama menjayakan agenda pembangunan golongan belia khususnya Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Beliau mahu pergerakan itu tidak seharusnya membiarkan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin keseorangan dalam mencorak masa depan belia negara ini.

“Anggota Gerakan Belia 4B mesti turun padang, gamit sokongan anak muda supaya menjadi organisasi yang diterima mereka semua,” kata Ahmad Zahid.

Dalam pada itu Ahmad Zahid turut mengingatkan pimpinan baharu Gerakan Belia 4B supaya menjalinkan kerjasama dengan kepimpinan lama bagi menjadikan pertubuhan itu terus utuh dan bersatu padu.

Ahadm Zahid juga berpesan pada generasi pemimpin lama agar tidak menjadi kitab buruk yang dipijak.

“Pemimpin lama pula jangan kacau orang lain, sedarlah diri yang zaman mereka telah berlalu.

“Kalau kita dah jadi kitab buruk, duduk elok-elok, jangan mengizinkan diri kita yang sudah menjadi kitab buruk ini untuk duduk di lantai dan benarkan orang lain pijak. Biarlah orang terus hormat kita,” kata beliau.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana