Wujud gerakan keluar PPBM berperingkat-peringkat...

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan berdepan krisis hebat tidak lama lagi selepas beberapa pemimpin di peringkat bahagian dan negeri parti itu akan meletak jawatan.

Difahamkan pengumuman keluar parti itu akan dibuat secara berperingkat-peringkat sehingga Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin mengikut kehendak kumpulan pro Tun Mahathir Mohamad, kata sumber kepada Agendadaily.

Muhyiddin kini berdepan tekanan selepas ramai individu yang dipilih untuk menjadi ketua penaja bahagian ditolak oleh ahli-ahli mereka sendiri.

Sementara itu, menurut bekas Ketua Aktivis PPBM Negeri Sembilan, Mohd Anas Sudin antara faktor yang mendorong pemimpin serta ahli untuk meninggalkan parti itu selepas ini apabila kepimpinan Muhyiddin  sebagai peneraju utama parti gagal memperjelaskan kepada ahli berkenaan isu perlantikan ketua-ketua bahagian dalam PPBM.

Menurutnya, terdapat ramai pemimpin akar umbi yang dilantik oleh kepimpinan Muhyiddin, merupakan individu yang bukan sahaja tidak dikenali dalam parti, malah identitinya meragukan ahli lain.

Ia berikutan amalan kronisme yang paling teruk pernah ada dalam mana-mana parti dalam negara ini.

“Ada orang yang terlibat daripada awal penubuhan parti ini sejak tahun lepas, bukan saja tidak dilantik, tapi ‘dirampas’ oleh orang yang tidak dikenali.”

“Kewujudan mereka ini diluar jangkaanlah. Ini menunjukkan parti ini ada satu fenomena baru yang PPBM ini tidak dapat kawal.

“Parti-parti lain, dapat kawal parti dia, parti ini d iluar kawalan. Ibarat keluarga yang anak-anaknya bergaduh tiap hari sampai keluar rumah.”

Sebelum ini ‘orang kuat’ Mahathir, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang juga pengasas PPBM mengambil keputusan parti itu diikuti dengan bekas Senator, Datuk Mohd Ezam Mohd Nor yang hanya menjadi ahli kurang dari tiga bulan

Pada selasa anggota pengasas PPBM yang juga Setiausaha Kerja parti itu Cikgu Kamarul Azman Habibur Rahman mengumumkan keluar daripada PPBM.

Dalam pada itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dia tidak terperanjat dengan tindakan itu malah percaya lebih ramai lagi ahli parti tersebut akan meninggalkan PPBM.

Menurutnya, asas penubuhan parti itu tidak jelas berbanding UMNO yang mempunyai perlembagaan untuk mengangkat martabat orang Melayu, agama Islam dan sebagainya.

"Parti-parti lain seperti PAS pun ada asas perjuangannya sebab itu parti itu kekal lama dan kalau parti serpihan berasaskan kepentingan peribadi ini tentu sahaja ahli-ahlinya tidak akan berasa yakin dan sebagainya.

"Penubuhan PPBM hanya berlandaskan kepada dua tujuan utama iaitu bagi menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bagi menaikkan seorang individu sebagai Perdana Menteri," katanya.

Ismail Sabri berkata, parti berkenaan juga dilihat hanya menjadi alat kepada DAP dan mengikut telunjuk Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

"Jadi, tidak hairanlah parti serpihan itu tidak mampu memperjuangkan nasib rakyat dan tidak diyakini mampu memerintah negara.

“Harapan pemimpin parti itu untuk menjadi Perdana Menteri juga hanyalah impian semata-mata memandangkan DAP dilihat lebih berkuasa termasuklah dalam aspek pemilikan kerusi dalam pilihan raya," kata beliau.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana