Undilah Lagi DAP Tu!!!!!! Peniaga Cina Tak Puas Hati Dengan Kerajaan DAP Bila Sewa Kedai Dinaikkan

Selama ini dilihat hanya golongan penjaja dan peniaga kecil Melayu sahaja sering ditindas tanpa belas kasihan oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang dan PBT-PBT di bawahnya.

Namun kini bukan hanya golongan Melayu saja ditindas, malah hakikatnya kezaliman kerajaan negeri yang diketuai oleh Lim Guan Eng kepada sesiapa sahaja yang berstatus marhaen.

Sekaligus kebencian parti rasis dan cauvinis DAP terserlah dan terbukti apabila mereka langsung tidak diberikan tempat dan perhatian, sebaliknya hanya dijadikan sebagai bahan menarik undi dan sokongan sahaja.

Itulah yang berlaku apabila gerai Ais Kacang Swatow Lane yang terkenal terpaksa ditutup. Perniagaan tersebut terpaksa dihentikan pada hujung bulan ini selepas beroperasi setiap hari hampir seratus tahun,

Perniagaan yang pada mulanya menggunakan gerai di suatu sudut di Swatow Lane pada tahun 1923. Perniagaan milik keluarga yang kini dijalankan di medan selera New World Park selama 15 tahun, terpaksa ditamatkan.

Ini semua gara-gara kerana tidak mampu menanggung kos sewa kedai yang meningkat berkali-kali ganda, selain syarat-syarat lain yang dikenakan oleh pengurusan bangunan.

“Kami terpaksa terpaksa berhenti berniaga kerana tidak mampu menanggung kos sewa kedai yang meningkat berkali-kali ganda selain syarat-syarat lain yang dikenakan oleh pengurusan bangunan.

“Kami sudah tidak ada tempat lain untuk berniaga, Tidak ada pilihan selain menutup perniagaan,” kata pengendali kedai, Lee Eng Lai.

Hari terakhir mereka berniaga di New World Park adalah pada 30 April.

Semenjak tahun 2008, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah meluluskan kenaikan sewa premis lebih 100% yang ditentang keras oleh peniaga-peniaga dan penjaja-penjaja kecil.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana