Tun M tak boleh salahkan PAS punca perpecahan orang Melayu - Penganalisis

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad tidak wajar menuding jari menuduh pihak lain yang menyebabkan perpecahan Melayu, sebaliknya pemimpin itu perlu 'cermin diri' terlebih dahulu.

Menurut Penganalisis Politik, Prof Datuk Dr Ramlah Adam, perpecahan yang dikatakan Dr Mahathir itu sebenarnya telah berlaku sejak dari zaman pemerintahan beliau sebagai Perdana Menteri, dan ia semakin parah pada hari ini.

"Jadi saya rasa dia tidak boleh menyalahkan sesiapa, saya rasa PAS tu memang dah ada sejak lama dan dia pula menambahkan lagi perpecahan dan tindakan dia itu juga menyebabkan (Datuk Seri) Anwar Ibrahim berpecah dan buat parti baru PKR yang menyebabkan kemerosotan kerusi bagi BN dan Umno.

"Tapi sekarang zaman Tun Mahathir dia menambahkan lagi perpecahan itu, dia pecat Anwar Ibrahim, timbulnya PKR, lepas itu PAS bergaduh dengan orang-orang PKR ni jadi PAN (Amanah), lepas tu pula Mahathir keluar daripada Umno tubuhkan pula Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia)," ujarnya lagi.

Malah bagi Ramlah, tuduhan Dr Mahathir kepada PAS itu tidak wajar, sebaliknya tokoh politik itu perlu mengimbau semula sejarah dahulu.

"Saya rasa tuduhan dia pada PAS yang punca melayu berpecah, saya rasa dia kena tanya diri dia sendiri, siapa sebenarnya berpecah, PAS dengan Umno tu memang dah ada sejak dari dulu lagi, PAS dah ada sejak 1951.

"Jadi saya rasa dia tidak perlu menuding jari pada sesiapa sebab bagi saya sebagai bekas Perdana Menteri, dia patut lebih sedar tentang kepentingan orang Melayu bersatu dan sepatutnya orang yang paling tidak patut buat perpecahan itu dan yang tak patut menubuhkan parti baru (PPBM)", tambahnya lagi.

Menurut Ramlah, perpecahan dalam parti politik ini adalah perkara biasa, namun tegasnya, setiap parti politik tidak seharusnya mementingkan diri sendiri, sebaliknya perlu mengatasi perkara itu dengan segera bagi menjamin kesejahteraan rakyat di negara ini.

Sebelum ini, menerusi laman blog rasminya, CheDet, Dr Mahathir mendakwa PAS hanya memecahbelahkan orang Melayu yang akhirnya menyebabkan kuasa politik Melayu berkurangan.

Beliau berkta demikian merujuk kepada keengganan PAS menyertai gabungan pembangkang, Pakatan Harapan (PH).

Beliau juga menganggap perjuangan PAS sebagai parti Islam, jika ada, tidak sedikit pun berhasil dan terhad kepada memecahbelah orang Melayu sehingga pengaruh dan kuasa mereka berkurangan dalam politik negara.

Bagaimanapun, kenyataan Mahathir itu disangkal oleh beberapa pemimpin tertinggi PAS dengan menganggap Dr Mahathir sebenarnya punca yang telah memecahbelahkan Melayu sejak dari zaman pemerintahannya dahulu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana