Sedar Lah!!!! Rakyat Perak ditipu 'fake news' supaya marah kepada BN

Sebaik tersebar berita konon kerajaan negeri Perak memberikan bantuan melalui Bonus Rakyat 1 Rakyat Perak Ku atau BRIPK, ala-ala BRIM  diperingkat kebngsaan, berita itu seperti lalang terbakar—dalam sekelip mata semua orang bercakap mengenainya.

Bagi memperoleh borang pendaftaran orang ramai menerpa ke pejabat daerah, begitu juga ada kalangan yang menelefon ke pejabat kerajaan.

Turut didatangi ialah pejabat Menteri Bear bagi memperoleh maklumat lanjut.

Demikianla reaksi sepintas lalu sebaik penduduk di negeri Perak membaca maklumat yang ditulr melalu aplikasi WhatsApp pada Selasa.

Kerana bagi mereka yang layak, wang berjumlah RM 750 menanti.

Tetapi siang tadi kegembiraan umum  tiba-tiba bertukar apabila Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir  menafikan pelancaran bantuan berkenaaan.

Selain menafikan mengenainya,  Zambry membidas pihak tertentu yang menyebarr maklumat palsu itu . . . .”penyebaran berita palsu itu merupakan tindakan pihak-pihak tertentu yang berniat jahat terhadap kerajaan negeri.”

“Di dalam mesej itu kononnya kerajaan negeri akan memberi RM750 kepada semua rakyat Perak berumur 16 higga 55 tahun, saya boleh sahkan di sini ianya langsung tidak wujud.

“Mesej palsu begini sengaja diwujudkan bagi menimbulkan perasaan marah rakyat terhadap kerajaan negeri kita, ini tidak lebih daripada hanya perang propaganda pihak-pihak tertentu,” katanya.

Penafian dan penjelasan Menteri Besar dibuat  pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah bangunan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di Ipoh.

Beliau mengarahkan isu ini dipanjangkan kepada siasatan pihak berkuasa.”Saya mengarahkan setiausaha kerajaan negeri agar melaporkan perkara berkenaan kepada pihak berkuasa supaya satu tindakan keras dapat diambil terhadap individu-individu tidak bertanggungjawab.

“Saya difahamkan laporan polis telah dibuat dan kita juga akan laporkan perkara ini kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mengenal pasti individu-individu terbabit,” katanya.

Sementara itu dalam perkembangan sama, Zambry menyindir pembangkang  yang kini akur kepada perlaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan atau GST, yang dulunya mereka menentang habis-habisan. “Keputusan mereka (seperti diumum Nurul Izzah) untuk mengekalkan  GST  sekiranya mereka memerintah selepas PRU ke 14 sebagai  langkah terdesak”.

Katanya mereka  menggunakan apa sahaja ruang yang ada untuk menang pilihanraya. “Mereka menggunakan apa sahaja ruang dan peluang . . . mereka nak menang jadi apa sahaja ruang untuk memenangi pilihanraya akan digunakan termasuklah berkaitan GST.”

Pembangkang katanya  bertindak tidak tetap pendirian apabila tampil dengan pelbagai kenyataan berkaitan pendekatan kerajaan itu termasuklah keinginan untuk mengurangkan peratusan cukai yang dikenakan dan tidak mahu melaksanakan GST.

“Dahulu mereka kata tetap akan laksanakan GST tetapi kurangkan peratusan dan ada sekali menyatakan bahawa mereka tidak mahu melaksanakan GST.

“Sekarang mereka pemimpin dan pernah menjadi menteri . . .  .  kini sebagai pembangkang  bersetuju pula perlaksanaan GST ini kerana bagi mereka ia hanya permainan. Mereka berjanji apa sahaja, . . . . menang dahulu . . . soal memenuhinya adalah soal nombor dua,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana