Rumah Pemimpin PKR Bernilai RM1.2 Juta Disita...Padan Mukanya

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyita rumah bernilai RM1.2 juta di ibu negara milik seorang pemimpin PKR berhubung siasatan dakwaan kekayaan luar biasa.
Menurut sumber, rumah itu disita bagi melengkapkan siasatan berhubung dakwaan tersebut.
Pemimpin itu dijangka dituduh pada Jumaat mengikut Seksyen 32(8)(c) dan Seksyen 89 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFAPUAA) atas kesalahan memberi keterangan dan dokumen palsu ketika proses siasatan dijalankan, menurut sumber berkenaan.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara berkenaan tetapi enggan mengulas lanjut.

Khamis lepas, SPRM menahan pemimpin terbabit bagi membantu siasatan.
Pemimpin itu juga dilaporkan memiliki beberapa kereta mewah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana