PULAK DOH!!!!! BILA MASA ADAM ROSLY DILANTIK JADI PEGAWAI KHAS SAYA? – ZURAIDA

Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin mendakwa Datuk Adam Rosly yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada minggu lalu tidak pernah menjadi pegawai khasnya.

“Dia bukan pegawai khas saya dan juga tidak pernah dilantik menjadi pegawai khas kepada Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali,” demikian penafian Ahli Parlimen Ampang itu.

Bagimanapun tidak dipastikan kenapa Zuraida terus membuat penafian selepas pendedahan yang dibuat oleh EXCO Pemuda UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah bahawa Adam merupakan pegawai khasnya dan menjadi orang perantara yang menerima komisen bagi projek-projek di negeri itu yang membabitkan beliau dan Menteri Besar.

Sementara itu, beliau menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dalam membantu siasatan.

“Tak jadi masalah, malah kita menyambut baik dan memberikan kerjasama sepenuhnya jika ada sebarang perkara yang perlu disiasat.

“Bagaimanapun, kita harapkan siasatan akan dijalankan dengan adil dan berintegriti tanpa sebarang campur tangan politik dan sebagainya,” lapor sebuah portal berita, Ahad.

Sebelum itu Adam direman lima hari bermula Jumaat lalu bagi membantu siasatan berhubung dakwaan kekayaan luar biasa yang dimilikinya.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment