Pendirian anti rasuah Rafizi berdasarkan kepentingan sendiri

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli tidak harus mengamalkan sikap pilih kasih apabila meminta partinya menjarakkan diri daripada Ketua Pemuda PKR Ampang Adam Rosly yang berhadapan pertuduhan membabitkan rasuah.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Irmohizam Ibrahim berkata, Rafizi juga seharusnya meminta PKR menjarakkan diri daripada Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng memandangkan beliau turut berhadapan dengan pertuduhan rasuah.

“Nampaknya beliau benar-benar bersikap pilih bulu, tidak pula beliau mendesak untuk Lim Guan Eng meletak jawatan setelah menghadapi tuduhan rasuah.

“Sepatutnya itu adalah sebaik-baik tindakan bagi cerminan beliau yang kononnya berintegriti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahli Parlimen Kuala Selangor itu berkata, sikap Rafizi itu nampaknya berpendirian berat sebelah dan hanya mahu menjamin kedudukan dengan mempertahankan individu yang dapat memenuhi kepentingan beliau sahaja.

Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan sebelum ini berkata, beliau mahu PKR menjarakkan diri dengan kemelut peribadi Adam Rosly yang mendapat perhatian meluas media terutama di kalangan yang rapat UMNO dan Barisan Nasional (BN).

“Oleh itu, satu tindakan yang menjarakkan PKR sebagai parti dari kemelut peribadi Adam Rosly perlu diputuskan segera terutamanya dalam keadaan pilihan raya umum ke-14 (PRU14) boleh dipanggil pada bila-bila masa.

“Saya berharap seluruh kekuatan parti dari akar umbi ke peringkat pimpinan mengambil langkah untuk menjarakkan parti dari kemelut peribadi seperti ini.

“PKR mesti dilihat tegas dan berpegang kepada piawai moral dan keamanahan yang jauh lebih tinggi berbanding parti-parti lain,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL