PENDEDAHAN RAFIZI HANYA IKUT SEDAP MULUT DAN KEKURANGAN BUKTI MEMBUATKAN DIA HANYA MAMPU MELAKUKAN SIDANG MEDIA SAHAJA

Rafizi ingat dapat buat gempak, tetapi sidang medianya sehambar sidang dewan parlimen ala koboin yang dilakukannya tempoh hari.

Rafizi sebenarnya mahu "all out" sebelum dia didapati bersalah atas beberapa tuduhan pecah amanah dan fitnah sebelum ini.

Sebelum masuk ke penjara bersama mentornya Anwar Ibrahim, Rafizi dilihat sedaya upaya mahu memburukkan pemimpin kerajaan terutamanya Perdana Menteri dan mana-mana pemimpin yang dirasakan wajar untuk dilakukan fitnah.

Tapi sayangnya dalam tuduhan Rafizi ke atas Bekas Naib Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa menerima dana 1MDB melalui anak syarikatnya SRC adalah masih tidak boleh dipercayai.

Akuan Bersumpah yang dibawa Rafizi hari ini hanya wayangnya bagi memperlihatkan kesungguhannya mengenai isu yang cuba dibawanya.

Namun, rakyat sudah masak dan selalu dihidangkan dengan strategi akuan bersumpah tanpa bukti dan akhirnya kes tersebut akan tenggelam dan lenyap begitu sahaja.

Selain itu permainan Rafizi dengan mencabar pihak berkuasa untuk menangkapnya sekiranya dakwaannya salah dan tidak benar adalah boleh disifatkan sebagai "acah-acah mak enon" dimana setiap tindakan pihak berkuasa sebenarnya bersandarkan kepada bukti yang kukuh untuk dibawa ke muka pengadilan.

Rafizi tidak perlu mengugut dan memberi ancaman yang bukan-bukan kepada pihak berkuasa terutamanya pihak polis dan SPRM. Tapi apa yang lebih memeranjatkan seolah-olah Rafizi menjadi sebagai jurucakap kepada SPRM untuk mendedahkan atau menyelesaikan beberapa isu yang sulit.

Adakah pegawai yang ada di SPRM sudah tiada kredibiliti dari menggunakan Rafizi sebagai jurucakap mereka?
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment