PAS perlu tinggalkan Selangor jika putus hubungan dengan PKR....Barua DAP Dah Bersuara Bebb

 PKR menggesa supaya PAS tidak berlengah-lengah lagi dalam membuat keputusan muktamad bersabit kerjasama yang terjalin antara mereka.

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail menegaskan, jika benar PAS mahu memutuskan hubungan tahaluf siyasi itu, adalah lebih baik parti pimpinan Datuk Seri Abd Hadi Awang itu berundur daripada pentadbiran kerajaan Selangor.

“Adalah lebih molek sebarang keputusan dimuktamadkan segera dan tidak dilengah-lengahkan kerana jika PAS memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR secara muktamad, perkara bermaruah dan terhormat yang perlu dibuat ialah bagi semua ahli PAS yang mempunyai jawatan di dalam kerajaan Selangor meletakkan jawatan sejurus selepas keputusan memutuskan hubungan itu dimuktamadkan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya lagi, jika PAS tidak berbuat demikian, keadaan itu akan dilihat janggal apabila parti itu masih mahu kekal dalam Selangor sedangkan sudah tiada hubungan dengan PKR.

"Di mana logiknya memutuskan hubungan dengan Amanah dan DAP (sebelum ini) dan kini mahu memutuskan hubungan dengan PKR, tetapi pada masa yang sama terus duduk bekerjasama sebagai sebuah kerajaan di Selangor?," soal bekas ahli parlimen Machang itu.

Malah beliau juga tidak terkejut jika usul yang serupa akan terus diluluskan sepanjang berlangsungnya Muktamar PAS kali ini.

Saifuddin berkata demikian susulan keputusan Dewan Ulama PAS yang meluluskan usul putus hubungan itu tanpa membahaskannya malam tadi.

Hubungan kedua-dua parti itu mula renggang selepas PKR tidak menghormati PAS dalam beberapa isu seperti isu rang undang-undang meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355.

Muktamar PAS kali ini yang diadakan di Alor Setar dihadiri kira-kira 1,200 perwakilan, dan akan berakhir 1 Mei.

Saifuddin berkata PKR tidak terkejut sekiranya usul itu diluluskan hari ini, bagaimanapun kesal dengan tuduhan terhadap Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, yang juga timbalan presiden PKR.

PAS masih sebahagian daripada pentadbiran Selangor, walaupun parti itu enggan menyertai Pakatan Harapan yang turut dianggotai PKR dan DAP, yang juga merupakan sebahagian daripada kerajaan negeri.

Tiga exco dari PAS ialah Datuk Iskandar Abdul Samad, Zaidy Abdul Talib dan Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL