MAHATHIR…. KALAULAH KAU TAK ‘LESAPKAN’ RM44 BILION…MADEY PUNYA PUKULAN

Semalam, bermulalah siasatan dilakukan keatas kehilangan USD 10 bilion yang dilesapkan semasa pentadbiran Tun Dr Mahathir pada tahun 1994. Kesemua wang berkenaan dilesapkan menerusi aktiviti pertukaran wang asing (forex) yang kononnya mengalami kerugian besar semasa ianya dilakukan.

Sebagai “pembuka bicara” Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pada ketika itu adalah Menteri Kewangan, hadir bagi memberikan keterangan. Tidak dipastikan apa butir keterangan berkenaan namun apa yang pasti, jika bersandarkan kepada kisah lama, bukan satu perkara mustahil andai Anwar menerangkan secara terus, apa yang telah berlaku.

Sebenarnya, bukan ini yang mahu dibicarakan. Apa yang ingin dibicarakan adalah, bagaimana landskap ekonomi dan pembangunan Malaysia sekiranya wang berkenaan tidak dilesapkan begitu sahaja. Tidak dinafikan, kerugian menerusi aktiviti Forex ini adalah yang terbesar dalam sejarah perbankan dunia. Bayangkan, USD 10 bilion hari ini bersamaan RM 44 bilion wang negara yang hilang begitu sahaja.

Melihat kepada angka RM 44 bilion ini, pastinya terlalu banyak projek pembangunan untuk rakyat dapat dilaksanakan. Sebagai contoh, pembinaan Lebuhraya Utara Selatan dari Bukit Kayu Hitam ke Johor Bahru dibina dengan menelan kos sebanyak RM 6 bilion. Berapa banyak lebuh raya dapat dibina khususnya di Sabah dan Sarawak sekiranya wang berkenaan tidak disonglap?

Mari kita lihat pula kos pembinaan ECRL, HSR dan MRT yang telah dilaksanakan sepanjang Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri. Kos untuk membina ECRL yang menghubungkan Tumpat (Kelantan) ke Gombak (Selangor) melalui Kuantan (Pahang) menelan belanja keseluruhan RM46 bilion. Hanya RM 2 bilion sahaja lagi yang kurang untuk menghubungkan terus rakyat Pantai Timur dengan ibu negara.

Bagaimana pula dengan HSR? Kos keseluruhan membina High Speed Rail ini dianggarkan menelan belanja sebanyak RM 60 bilion dan sekiranya RM 44 bilion ini tidak dilesapkan, kerajaan hanya perlu menanggung RM 16 bilion sahaja lagi untuk memendekkan jarak perjalanan Kuala Lumpur ke Singapura melalui beberapa belas stesen.

Untuk MRT pula, kos untuk membina sistem jaringan rail antara bandar di Lembah Klang ini berjumlah RM 21 bilion. Disini sahaja kerajaan sudah berjaya menjimatkan RM 23 bilion bagi menampung kos pembinaan HSR dan ECRL jika bersandarkan kepada jumlah RM 44 bilion yang hilang. Bukankah negara akan mengecapi sistem pengangkutan awam yang lebih maju jika kita hitung jumlah yang telah dilesapkan ini?

Sekarang, mari kita lihat kos keseluruhan pembinaan Pan Borneo Highway yang sedang rancak dibina di bawah pentadbiran Datuk Seri Mohd Najib hari ini. Kos kasar pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo sepanjang 1,663 kilometer yang terdiri daripada 936 kilometer di Sarawak dan 727 kilometer di Sabah adalah berjumlah RM 27 bilion.

Mungkin kos ini akan meningkat sedikit memandangkan keadaan ekonomi negara yang sedang kembali rancak. Namun kos ini masih belum mencecah angka RM 44 bilion yang telah hilang. Jika melihat kepada angka ini, sepatutnya penduduk di Sabah dan Sarawak sudah lama mengecapi nikmat jaringan jalan raya yang jauh lebih baik berbanding hari ini.

Inilah hasil “kecekapan” pemimpin “agung” bagi pentaksub Mahathir. Ini baru sedikit. Bayangkan jika kita melakukan sedikit kajian, berapa banyak pembangunan yang dapat di bangunkan hasil daripada RM 44 bilion yang telah dilesapkan pada zaman Mahathir. Ini bukan angka yang sikit dan paling utama, wang berkenaan adalah wang negara termasuk rizab negara yang telah dilesapkan demi hawa nafsu tamak sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana