Kes Zairil - Dyana: Bila kena muka sendiri... tahu pulak tutup mulut

Ini kisah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Engyang selalu bermulut lancang mengulas berbagai isu yang dibangkitkan orang ramai dan media.

Tapi Setiausaha Agung DAP ini selalu amal 'double standard' bila lawan yang kena, dia ulas panjang lebar... kena ke geng sendiri pandai pulak tutup mulut.

Guan Eng pada Khamis mengambil pendekatan menjarakkan diri daripada mengulas isu gambar kontroversi yang mengaitkan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari.

"Saya akan mengeluarkan kenyataan jika perlu dan tidak akan memberi komen mengenainya buat masa ini," kata Guan Eng pada sidang akhbar di Perpustakaan Digital Pulau Pinang, hari ini.

Terdahulu, Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata Zairil sudah memberi penjelasan kepada pucuk pimpinan parti berhubung gambar kontroversinya bersama seorang pemimpin wanita parti itu.

Ujar Chow, Zairil memberikan penjelasan itu kepadanya dan Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP, dalam satu pertemuan pada Selasa.

Oleh kerana ia bersifat peribadi, Zairil akan menyelesaikan isu itu sendiri buat masa ini, kata Chow.

Gambar 'mesra' mirip Zairil dan pembantu Lim Kit Siang, Dyana Sofya Mohd Daud mula tular di media sosial sejak beberapa hari lalu dan mencetuskan kegelisahan di kalangan ahli parti.

Sebelum ini, gambar kedua-dua pemimpin tersebut yang dirakam sedang menari di sebuah kelab malam, turut tersebar.

Gambar terbaru yang tersebar sejak beberapa hari lalu itu, memaparkan dua pemimpin berkenaan sedang berciuman.

Zairil, bagaimanapun, menafikan bahawa lelaki dalam gambar itu adalah dirinya dan menegaskan bahawa gambar-gambar itu palsu.

Sementara itu, Dyana yang juga bekas calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil Teluk Intan, menyifatkan ia adalah serangan peribadi.

Dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook beliau, Dyana berkata, serangan demi serangan terhadapnya dalam tempoh dua bulan sebagai strategi pihak tertentu menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment