Kes kaya luar biasa…tahanan reman Adam Rosly disambung 4 hari lagi....Padan MUkanya

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR Cabang Ampang, Datuk Adam Rosly Abdullah,28  perlu berdepan dengan siasatan SPRM kes memiliki kekayaan luar biasa selama empat hari lagi.

Ini setelah SPRM memperolehi sambungan reman untuk tempoh berkenaan setelah tempoh lima hari sebelum ini berakhir esok,Rabu.

Perintah sambungan tempoh reman empat hari itu dikeluarkan Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Abd Rahman.

Adam Rosly dibawa oleh pegawai SPRM ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi Selasa untuk tujuan itu.

Tahanan reman selama lima hari keatasnya sebelum ini dikeluarkan mahkamah pada Jumaat lalu.

Adan Rosly disiasat mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) 2001.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment