Jika tiada bukti, dakwaan Rafizi hanya fitnah - Penganalisis

Dakwaan yang dibuat Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berhubung bekas timbalan presiden PAS, Datuk Nasharudin Mat Isa menerima dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) perlu dibuktikan bahawa ianya bukan sekadar tuduhan kosong.

Timbalan Penasihat Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Salawati Mat Basir berkata, jika tidak berbuat demikian, Ahli Parlimen Pandan itu nyata telah memfitnah pihak-pihak berkaitan.

"Lagi sekali, ia hanya satu polemik politik. Kalau benar yang dikatakan oleh Rafizi itu maka malanglah kepada PAS tetapi kalau tidak, bererti ini satu fitnah yang ditaburkan untuk PAS sahaja semata-mata. Sebab sebenarnya terus terang saya katakan dalam politik Malaysia tidak ada yang mustahil. Langsung tidak ada yang mustahil.

"Jadi saya tidak terkejut dengan kenyataan Rafizi. Cuma pada saya Rafizi perlu buktikan dengan sebenarnya benarnya dengan dokumen, dengan bukti siapakah orang yang dikatakan mengambil wang tersebut. Itu sangat penting sebab nanti akan jatuh fitnah yang akan menyebabkan kerugian juga lah kepada dia sendiri," katanya ketika ditemu ramah Antarapos baru-baru ini.

Ulasnya lagi, Rafizi juga dikira sudah 'terkenal' dengan siri pendedahannya, namun begitu beliau harus membuktikan segala dakwaan yang telah dibuat.

"Pada saya, Rafizi Ramli bukanlah tidak terkenal dengan perkara-perkara begitu. Ramai sudah tahu dia memang macam itu," tambahnya.

Sebelum ini, Rafizi menamakan Nasharudin merupakan antara penerima dana 1MDB bersama individu lain yang enggan dinamakan.

Rafizi mendakwa memperolehi bukti itu daripada seorang bekas pegawai kanan SPRM yang terbabit secara langsung dalam siasatan kewangan 1MDB.

Walaubagaimanapun, Nasharudin menafikan menerima sebarang bentuk dana daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagaimana dituduh Rafizi dan menyifatkannya sebagai fitnah terhadap beliau dan PAS.

Sehubungan itu, Nasharuddin turut membayangkan kemungkinan menyaman Rafizi di atas tuduhan-tuduhannya itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana