HILANG TAPI TAK HILANG: ADA USAHA PAKATAN NAK CETUS KETEGANGAN MENJELANG PRU KE?

KEHILANGAN seorang pastor dan ‘penculikan’ seorang bekas pembantu khas ahli parlimen Pakatan yang kononnya ada kaitan dengan penculikan itu, menimbulkan persoalan di benak penulis adakah ada usaha terlindung Pakatan untuk mencetuskan perbalahan di negara ini dengan mengambil kesempatan dari cadangan pindaan RUU355?  Polis Thailand pun nafi terima laporan penculikan tapi cerita ini terus dikembangkan media pro Pakatan sehingga melibatkan kedutaan dan sebagaimya.

Latar belakang politik dan kepercayaan semua yang terlibat dalam kes ‘orang hilang’ ni, menambah menjadi punca kepada persoalan ini.

Kebimbangan itu dikukuhkan lagi dengan cerita-cerita yang menyusul selepas itu.  Nampak macam ada usaha ke arah tersebut dan penulis meminta pihak berkuasa agar berhati-hati dengan perkara ini.  Bila pilihanraya nak dekat ni, macam-macamlah benda pelik yang keluar.  Begitu juga penglibatran pertubuhan haram yang gemar buat cerita palsu macam SUARAM, turut menambah kepada kebimbangan.

Jika semua masih ingat, ia adalah SUARAM yang buat cerita kononnya ada sapina untuk mendakwa Datuk Seri Najib dari Mahkamah Perancis, siap buat majlis kutip derma lagi kerana hal itu.  Penyudahnya apa pun takde, Presiden Perancis pun dah datang ke sini, sapinanya masih tak nampak bayang.  Derma?  Sendiri fikirlah.

Apa pun, salah faham yang disebarkan Pakatan mengenai RUU355 itu sendiri dilihat ramai orang sebagai usaha terancang untuk menimbulkan keadaan tidak tenteram.  Benda tak berkaitan dengan Hudud, dia kata ada kaitan dengan hudud.  Benda tak kena mengena dengan orang bukan Islam, dia kata ada kena mengena dan sebagainya.  Fakta jelas pun diselewengkan dengan kebimbangan yang bukan-bukan.

Apa tujuan semua ini kalau bukan sebab nak timbul keadaan tidak tenteram?

Bagaimanapun rakyat bersyukur kerana ada pasukan polis yang cekap.  Kes ke luar negeri biasa tapi cuba dijadikan seolah-olah kes orang hilang, berjaya dihidu dengan cepat.  Tapi yakinkah puak-puak ini tidak akan berhenti selagi cita-cita buruk tak tercapai.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana