Hamidah Gopeng pun dah menunjukkan protes kepada Presiden PPBM.

 Muhyiddin macam biasa takkan hiraukan semua ini sbb dia sudah berada di tempat yg kukuh dalam PPBM. Siapa berani nak buang dia sbb Mahathir percayakan dia. Hatta Muhkriz sendiri pun tak berani nak kritik dia.

Seorang pemimpin kanan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hari ini menyeru presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin memandang serius tindakan salah seorang pengasas parti itu, Kamarulzaman Habibur Rahman keluar parti.

Naib Presiden PPBM, Datuk Hamidah Osman berkata pemimpin PPBM dan Muhyiddin tidak boleh berdiam diri atau menganggap tindakan keluar parti perkara yang remeh.

“Saya sedih dengan tindakan yang dibuat sebab saya tahu Kamarulzaman ini adalah orang yang awal dan pengasas parti dan saya tahu beliau banyak berkorban.

“Saya rasa perkara ini satu perkara serius dan tidak boleh dipandang remah, Muhyiddin selaku presiden kena melihat perkara ini dan tidak boleh terus berdiam diri.

“Jangan terus menganggap perkara ini kecil dan mengatakan tidak mengapa dan menuduh orang itu ini tinggalkan parti sebab dia kecewa, sebab akhirnya parti menerima akibat,” katanya kepada FMT.

Hari ini, Kamarulzaman mengumumkan keluar PPBM dan meletak semua jawatan parti, dengan berkata pemimpin parti hanya mengutamakan jawatan dan bukannya berjuang untuk rakyat.

“Ramai di kalangan mereka yang menghabiskan masa untuk berada bersama pemimpin dan lebih suka memburukkan penggerak yang membuat kerja. Saya juga dapati PPBM mempergunakan para penggerak awal dalam mendapatkan sokongan terhadap parti.

“Saya mula sedar bahawa dalam PPBM seperti ada perbezaan darjat dan kasta, seorang ahli itu akan lebih tinggi darjatnya sekiranya dia merupakan kenalan kepada presiden, timbalan presiden dan setiausaha agong,” kata Kamarulzaman.

Hamidah berkata isu keluar parti bukan perkara baru tetapi pernah berlaku melibatkan tindakan keluar beramai-ramai di beberapa kawasan.

“Benda ini bukan pertama kali, kita lihat berlaku di Baling, kita juga lihat berlaku di Rembau dan ini pula melibatkan majlis pimpinan tertinggi, Saya rasa Muhyiddin kena teliti apa yang diperkatakan Kamarulzaman supaya perkara ini tidak menjadi satu barah,” katanya. - FMT
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment