GUAN ENG DEGIL LETAK JAWATAN, EXCO AKAN ‘GEGARKAN’ SIDANG DUN....DAP MEMANG GILER KUASA

KEDEGILAN Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng untuk melepaskan jawatannya walau telah dipaksa, dirayu dan digesa berbuat demikian akhirnya mencabar tahap kesabaran para ahli dewan undangan negeri.

Justeru, Ketua Pembangkang Datuk Jahara Hamid dilaporkan bakal membawa usul untuk meminta Guan Eng melepaskan jawatannya atau sekurang-kurangnya bercuti sepanjang tempoh kes mahkamah melibatkan dirinya berjalan.

Setiausaha Agung DAP itu sekarang ini sedang menghadapi pertuduhan kes rasuah dan salah guna kuasa yang agak serius dan ini membuatkan namanya sudah tercalar di mata rakyat.

Namun amat dikesali kerana Guan Eng enggan untuk melepaskan jawatan atau bercuti, sebaliknya seringkali mendesak mana-mana pemimpin Barisan Nasional (BN) yang baru sahaja dituduh atas apa-apa kesalahan undang-undang supaya meletakkan jawatan.

“Jika usul yang akan dibawa oleh Datuk Jahara Hamid itu ditolak oleh speaker dewan Datuk Law Choo Kiang, perkara itu akan tetap dibangkitkan ketika perbahasan.

“Keputusan telah dicapai oleh ADUN Barisan Nasional bahawa usul itu akan dibawa oleh Datuk Jahara Hamid dan akan dihantar kepada speaker DUN melalui sistem ADUN NET sebelum 5 Mei,” kata ADUN Pulau Betong, Datuk Muhamad Farid Saad ketika mengulas lanjut mengenai perkara ini. 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana