FREE ANWAR: ANTARA MUKHRIZ, MUHYIDDIN DAN GOBIND, SIAPA YANG LEBIH BIJAK?

Nampaknya, sentimen simpati sentiasa menjadi senjata utama keluarga Anwar Ibrahim. Maka, kita tidak perlu terkejut jika segala taktik maktik yang sentiasa mereka optimakan berkisar tentang meraih rasa simpati.

Politik memang mempersonakan, jika tidak menjijikkan. Politik mengundang pelbagai rasa, dan menyerlahkan keperibadian serta prinsip-prinsip yang menjadi pegangan pemainnya. Lihat sahaja apa yang sudah jadi kepada Mukhriz dan Muhyiddin, sebegitu sahaja menjual “jiwa” mereka hanya kerana sudah tidak bersama Barisan Nasional.

Apa yang tidak dikatakan oleh Muhyiddin berkenaan Anwar? Tidak perlu mengulas panjang, anda cari sendirilah video-video ucapan mantan timbalan presiden UMNO itu. Bagi Mukhriz pula, seeloknya balik dan bertanyalah kepada bapanya.

Demi politik, kita ditakdirkan menonton sinetron dengan adegan yang tidak pernah kita terfikir akan berlaku. Bagailah mana boleh terjadi, dua-dua watak itu sanggup mengangkat placard bertulis “Free Anwar”. Sebenarnya, apakah selama ini mereka berbohong kepada ahli UMNO, dan sekadar mengikut rentak untuk kekal relevan di pentas politik tanahair?

Kalau pun tidak lagi bersetuju dengan Barisan Nasional, janganlah hendaknya maruah dan harga diri mereka diletakkan di tempat paling bawah dalam carta kepariahan.

Meneliti gambar-gambar situasi politik tanahair, terlihat pula gambar seperti diatas. Sedang Mukhriz dan Muhyiddin beriya-iya sambil tersenyum sumbing mengangkat placard, Gobind sekadar berpeluk tubuh. Kenapa tidak Gobind turut serta memegang placard yang sama?

Sebagai peguam, tentunya Gobind lebih arif tentang perjalanan perbicaraan kes liwat yang akhirnya menyaksikan penjara adalah tempat paling tepat buat Anwar Ibrahim. Gobind lebih tahu fakta dan kebenaran. Bijak Gobind, sambil tersenyum melihat bagaimana mereka yang kurang bijak diratah-ratah maruahnya tanpa disedari.

“Mudahnya membeli “jiwa” mereka”, mungkin itu yang sedang difikirkan oleh Gobind ketika itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana