DULU ADAM ROSLY BERI MERCEDES BENZ C200 KEPADA ZURAIDA, KINI ZURAIDA BUANG ADAM ROSLY KERANA SIASATAN SPRM

Sumber : Captain M

1. Semalam media massa mengasak Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin yang dikaitkan dengan Adam Rosly. Setelah agak lama berdiam diri 16 April telah membuka mulut Azmin dan Zuraida. Azmin bermain pada jangan membuat tuduhan selagi tidak bersalah manakala Zuraida pula ‘membuang’ Adam sebagai bukan pegawainya.Dunia dikala tersepit.

2. Apalah nasib Adam Rosly seorang budak muda bekerja dengan Zuraida sejak tahun 2013 sebagai Pegawai Khas MP Ampang. Bukan rahsia lagi di Ampang. Cuma dulu dia taklah sekaya mana. Apabila ikut Zuraida kekayaan beliau menjadi luar biasa. Maklumlah sebat semua projek PBT Selangor yang dikuasai Zuraida. Tiada lagi Solidariti Zuraida seperti pertama kali isu rumah Disneyland Adam didedahkan. Apakah ini petanda menunjukkan Adam bakal dibiarkan bersendirian dan menjadi kambing hitam Zuraida?

3. Lebih RM5 juta harta Adam bakal dibekukan. Ia dikatakan termasuk harta Zuraida yang disimpan atas nama Adam. Tidak hairan jika Zuraida menjadi gelisah dan keluh kesah. Sumber mendedahkan tahanan reman Adam Rosly bakal dilanjutkan lagi beberapa hari selepas tempoh tamat. Agaknya sebab itu Zuraida membuat kenyataan membuang Adam sebagai Pegawai Khasnya. Katanya kekayaan Adam kekayaan peribadi bukan politik PKR!. Ini polemik Zuraida tidak mahu dikaitkan dengan Adam Rosly. Apakah Zuraida juga bakal dipanggil SPRM? sama-sama tunggu.

4. Bukanlah sesuatu yang menghairankan jika Zuraida turut ditahan SPRM. Sebelum ini Zuraida sudah menjadi isu khususnya berhubung pemilikan kenderaan termasuk memiliki kenderaan mewah atas nama syarikat lain (isu 2012 & 2016). Begitu juga Adam Rosly Pegawai Khasnya yang juga Ketua AMK PKR Cabang Ambang dan proksi Zuraida. Adam Rosly didedahkan memiliki kenderaan mewah atas nama ‘taukeh’. Perangai antara Bos dan Pegawai sama.

5. Mengapa Zuraida takut dikaitkan dengan Adam Rosly? Bukan rahsia monopoli projek Zuraida MP Ampang selaku Timbalan Ketua PKR Selangor dan orang kuat Azmin Ali di Selangor. Zuraida mempunyai kuasa besar dalam melantik ahli majlis PBT seluruh Selangor termasuk Ketua Whip PBT, pasti mempunyai pengaruh besar dalam menentukan perbagai projek dan ‘perolehan’ dalam Selangor.

6. Adam Rosly menjadi kuda utamanya selain AJK Wanita PKR seperti WAN NUR MARSITA AHMAD KETUA WANITA PKR CABANG HULU SELANGOR Ahli Majlis Daerah Hulu Selangor. Begitu juga Zainol Abidin Mohamed Ketua AMK Gombak proksi Azmin yang dilantik sebagai Ahli Majlis MPAJ di Parlimen Zuraida!

i. ZURAIDA KAYA, SELAIN ADAM ROSLY TURUT MELIMPAH BUAT KETUA WANITA PKR CABANG HULU SELANGOR!

ii. DISNEYLAND KETUA AMK AMPANG ADAM ROSLY DIDEDAH, SELEPAS INI BANGLO MEWAH ZAINOL ABIDIN MOHAMED KETUA AMK GOMBAK YANG KAYA-RAYA KERANA RASUAH BAKAL TERBONGKAR!

6. Katanya aset-aset Zuraida turut dinamakan atas nama Adam Rosly. Adam hanya akan taat kepada Zuraida kerana selama ini dijaga baik oleh Zuraida sehingga menjadi Ketua AMK PKR Ampang. Adam Rosly turut memberikan Zuraida sebuah kenderaan mewah Mercedes Benz C200 Sport untuk kegunaan rasmi Zuraida sebagai MP Ampang.

7. Blog masterdedah.com pernah mendedahkan pengakuan dan pemilikan kenderaan mewah Zuraida. Zuraida membuat penipuan tentang kenderaan dimiliki yang kononnya menggunakan AP dan kelayakan pinjaman Ahli Parlimen. Sedangkan AP kenderaan diberi sekali untuk satu penggal.Bukan setiap tahun (melainkan AP Khas). Jika tidak gunakan AP Kenderaan akan lupus untuk penggal tersebut. Zuraida didapati tidak menggunakan AP Ahli Parlimennya untuk penggal pertama ataupun menjual AP tersebut kepada pihak lain.

8. Manakala dari sudut kelayakan pinjaman Ahli Parlimen layak memohon pinjaman kereta sehingga maksimum RM100,000 sekali dalam tempoh 4 tahun dengan dikenakan caj perkhidmatan 4% setahun yang dikira atas baki bulanan yang belum selesai. Persoalannya Bagaimana bank boleh meluluskan atas namanya jika ia melibatkan pinjaman bank bagi semua kenderaannya?. Berapa sangat gaji Zuraida?Nampak tak?

[ARTIKEL BERKAITAN: ] ZURAIDA BELI KERETA MEWAH SETIAP TAHUN, TIPU AP AHLI PARLIMEN & PINJAMAN KERAJAAN?

9. Apakah Adam Rosly akan membiarkan dirinya berseorangan? Sedangkan dibelakangnya ada Zuraida Kamaruddin MP Ampang. Zuraida ada pembuat lorong untuk Adam Rosly sehingga dia sampai ke tahap kaya sekarang. Jika Zuraida ditahan SPRM anggap sahajalah ia susulan laporan Zuraida kepada SPRM sebelum ini melalui rujukan SPRM/INFO/2016/0137890. Bukan baru!

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana