DAP PULAU PINANG RAKUS NAK KAMBUS HUTANG DAN PEMBAZIRAN

Cadangan kerajaan negeri untuk meningkatkan surcaj pemuliharaan air sehingga 100 peratus adalah tidak adil dan akan membebankan rakyat miskin dan berpendapatan rendah.

Sepanjang 9 tahun DAP memerintah kerajaan Pulau Pinang sudah 4 kali caj air naik. Yang terakhir pada 2013 Kerajaan Pulau Pinang menaikkan surcaj pemuliharaan air dengan 100 peratus daripada 24 sen kepada 48 sen bagi setiap 1,000 liter di atas 35,000 liter yang digunakan setiap bulan.

Sekarang, kerajaan negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng menggunakan alasan yang sama sekali lagi menaikkan surcaj pemuliharaan air sebanyak 100 peratus daripada 48 sen kepada RM1.

Sekiranya dibuat perbandingan dengan tempoh pemerintahan Barisan Nasional di Pulau Pinang sebelum ini lebih kurang 18 tahun memerintah hanya sekali sahaja kadar caj air naik.

Ini menampakkan kerakusan DAP apabila memegang tampuk pemerintahan sesebuah kerajaan negeri. Cukai naik dan segala caj bayaran air dan sewa juga naik dilihat usaha mereka untuk menutup lubang yang telah digali selama ini.

Peningkatan caj air ini didapati tidak seimbang dengan jumlah pendapatan rakyat yang tinggal di Pulau Pinang terutamanya di bahagian pulau.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana