DAP Perak cuba samakan MB Inc. dengan IMDB

Menteri Besar Perak membayangkan isu MB Inc., akan terus dikitar dan dijadikan satu lagi  isu politik ala-ala IMDB oleh DAP negeri itu kerana “mereka t idak ada isu lain” untuk menjatuhkan kerajaan BN yang memerintah hari ini.

Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir berkata DAP negeri ternyata ketandusan isu serta kekeringan ide lalu mereka mencipta isu sehingga sanggup berbohong di sidang DewanUndangan Negeri (DUN) seperti berlaku baru-baru ini.

Justeru kata beliau, mereka berusaha bersungguh-sungguh cuba membandingkan MB Inc dan 1MDB, ia tidak ada tujuan lain hanya sebagai modal untuk menjamin jangka hayat politik mereka di negeri ini.

Menteri Besar berkata mereka ( pembangkang) juga dilihat seperti kekeringan idea dan mengulang persoalan MB Inc walhal sudah berkali-kali diterangkan sebelum ini.

Kelakuan DAP Perak itu katanya jelas menunjukkan bahawa mereka hanya mencari kesalahan sesuatu isu untuk terus bernafas dalam dunia politik hari ini.

“Mereka sanggup melakukan pembohongan di dalam Dewan Negeri sebelum ini, membuat tuduhan-tuduhan yang celupar dan bersikap biadab, ketika mereka mengatakan saya melakukan pembohongan, mereka sebenarnya yang sedang berbohong.

“Tapi apabila saya cabar mereka untuk bentangkan sekira benar ada Perbadanan Menteri Besar negeri lain mengemukakan audit akaun mereka di Sidang DUN, itu hanya consolidated account, selebihnya mereka tidak dapat menjawab,” katanya.

Zambry memberitahu media selepas merasmikan dan menyempurnakan Program Ramah Mesra bersama Masyarakat Cina bersempena Program Permukiman Menteri Besar Hilir Perak di SJK © Phooi Yong, di Teluk Intan pada petang Selasa.

Menjawab soalan, beliau percaya DAP akan terus-menerus menggunakan modal MB Inc untuk mendapatkan sokongan politik dan memastikan kelangsungan pihak pembangkang di seluruh negeri.

“Saya yakin, dia akan bermain isu MB Inc kerana bagi DAP tiada lagi isu lain dapat dibangkitkan dan dimainkan, jadi ini untuk jangka hayat politik mereka sahaja. . . . .Itulah rupa wajah sebenar DAP,” katanya.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Zambry yang juga ADUN Pangkor mengingatkan wakil rakyat supaya terus melaksanakan tanggungjawan untuk membantu rakyat di kawasan masing-masing. Menjadi wakil rakyat bukan bermakna mereka boleh memasang impian untuk menjadi kaya.

“Kalau nak jadi wakil rakyat, kena ada dalam fikiran untuk membantu rakyat, bukan nak jadi kaya,” katanya semasa berucap di majlis perjumpaan dengan masyarakat India di Ladang Nova Scotia.

Kedua-dua majlis yang dihadirinya itu tadi adalah sebahagian dari program Pemukiman YAB MB Perak di Daerah Hulu Perak selama lima hari bermula Selasa.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana