Berat Dah Otak Zaid Ini!!!!! Kelantan perlu pimpinan berwawasan, bukan berserban - Zaid

Bekas pemimpin Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) yang kini menyertai DAP, Datuk Zaid Ibrahim berkata sudah tiba masanya untuk rakyat Kelantan, khususnya anak muda, membuat perubahan di negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Kata Zaid, anak muda negeri itu perlu berani menolak kepimpinan yang ada hari ini kerana mereka jelas telah gagal dan tidak mampu membangunkan negeri berkenaan.

"Mereka sibuk dengan hukum hakam dan menjual balak dan tidak terdaya memikirkan bagaimana untuk menambah dana negeri. Mereka tidak peduli gejala sosial seperti dadah dan perceraian tidak terkawal.

"Pilihlah pemimpin dengan baik, kalau tidak keadaaan sekarang tidak boleh diatasi lagi," katanya dalam satu kenyataan.

Zaid berkata, pilihan raya bukan tempat untuk memilih guru agama atau individu berserban sebagai pemimpin, sebaliknya tokoh yang mempunyai kepakaran dan wawasan.

"Pilihan raya ini bukan tempatnya untuk kita pilih guru agama atau orang pakai serban sebagai pemimpin. Kita telah ada terlalu banyak guru dan penceramah agama.

"Selagi PAS memerintah, selagi itulah negeri ini kotor, rakyatnya mundur dan pasar malam sahajalah tempat mereka mencari rezeki.

"Rakyat mundur dalam semua segi kerana pemimipin PAS mahu terus mereka mundur, mundur pemikiran, mundur segala gala supaya takut dengan ajaran mereka dan terus membuta tuli akur dengan propaganda mereka.

"Taktik mereka samalah seperti Umno. Pemimpin PAS hanya bercakap mengenai Akta 355, baiah, poligami serta bangga menangkap wanita memakai baju ketat.

"Mereka tidak ada usaha lain untuk mentadbir dengan baik, menentang rasuah, tidak mampu untuk menyediakan peluang perkerjaan yang cukup atau menyelesaikan masalah banjir dan sebagainya," kata beliau.

Dalam pada itu Zaid berkata impian anak muda Kelantan akan 'terbengkalai' jika parti sekutu dalam Pakatan Harapan (PH) masih mahu bekerjasama dengan PAS, seolah-olah membenarkan parti itu terus memerintah negeri itu.

"Dalam hal ini kita ingin mengingatkan mereka agar jangan main kayu tiga, malah tindakan berkenaan hanya menyebabkan rakyat Kelantan berterusan menjadi mangsa.

"Impian anak muda tidak akan mana dan terbengkalai jika PAS masih memerintah negeri ini.

"Inilah cabaran kita hari ini. Saya harap kita semua berusahalah dengan gigih untuk pastikan PAS tidak lagi bertapak di bumi Kelantan," katanya, tanpa menyebut parti sekutu yang dimaksudkan itu.

Pada ketika ini, hanya PKR yang masih menjalin tahaluf siyasi dengan PAS.

Bagaimanapun, hubungan kerjasama itu berada di ambang 'kehancuran' ekoran beberapa sayap PAS dan PAS kawasan yang mengemukakan usul untuk memutuskan hubungan dengan PKR yang didakwa tidak menghormati PAS sebagai rakan sekutu.

PAS akan memuktamadkan hubungan tahaluf siyasinya dengan PKR pada Muktamar Tahunan, hujung bulan ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana