Baru Mahathir tahu susahnya jadi pembangkang...

PAS nampaknya sudah berpatah arang berkerat rotan dengan Tun Mahathir Mohamad yang berterusan menyerang parti itu.

Difahamkan beberapa pemimpin PAS sudah diminta untuk menyerang Mahathir habis-habisan menjelang muktamar parti itu di Kedah hujung bulan ini.

Kempen tersebut dimulakan dengan calon Naib Presiden PAS Idris Ahmad mendakwa Mahathir menyerang PAS kerana PAS tidak tunduk kepada kehendak pemimpin itu.

Mahathir sebelum ini menuduh parti itu sebagai malapetaka kepada perpaduan Melayu.

Menurut Idris,  Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu menyerang PAS kerana parti itu tidak mahu menyertai Pakatan Harapan (PH).

Ahli Parlimen Bukit Gantang itu turut berkata kenapa menyalahkan PAS untuk berjuang bersendirian bagi menghadapi pilihanraya umum ke 14 (PRU-14) akan datang.

“PAS masih di blok pembangkang. Jangan perasan Tun (Mahathir) sahaja hendak melawan BN. PAS juga (mahu) melawan BN. Semasa Tun berkuasa pun kami lawan. Tun baru hendak belajar melawan BN. Belajarlah menjadi pembangkang.

“Sekarang baru Tun tahu betapa peritnya menjadi pembangkang di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Mahathir semalam menyifatkan penubuhan PAS merupakan malapetaka buat orang Melayu yang masih menyokong parti berkenaan yang pada pandangan beliau memecahbelahkan masyarakat Melayu.

Malah keengganan PAS untuk menyertai PH menyebakan BN akan memenangi PRU14 akan datang kerana pembangkang gagal mencapai matlamat satu lawan satu.

“Dengan PAS bertanding dan menjadikan pertandingan tiga atau lebih penjuru, kesannya ialah memecahbelah musuh-musuh BN (UMNO).

“PAS akan kalah dan mengheret turun parti pembangkang lain. UMNO akan menang, kerana penyokong parti lawan berpecah,” kata Mahathir dalam penulisan blognya.

Mengulas mengenai itu, Idris berkata, Mahathir mungkin lupa pada zaman pemerintahannya dalam UMNO, parti itu dilihat sudah berpecah sehingga terbentuknya Parti Semangat 46 dan PKR.

“Kalau Tun terlupa saya hendak ingatkan kepada Tun. Bukankah zaman Tun, Melayu berpecah? Selama 22 tahun Tun berkuasa, tiga timbalan Perdana Menteri terpelanting.

“Lahir team A dan team B di dalam UMNO sehingga UMNO diharamkan. Zaman Tun lahirnya Parti Semangat 46 dan PKR,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana