Alamak Sapa Tu Jeng Jeng!!!!! 'Orang kuat' Parti Pribumi Bersatu Malaysia untuk keluar parti...

Ini kes berat...Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berdepan pukulan hebat Rabu bila salah seorang orang kuat dan merupakan antara pengasas parti,Kamarulazman Habibur Rahman ( gambar -paling kiri) umum keluar dari parti itu.

Beliau kini adalah Setiausaha Kerja PPM Pusat,Ahli Majlis Pimpinan PPBM Pusat dan ketua  penaja PPBM bahagian Teluk Kemang serta ditawarkan untuk jadi Pengerusi PPBM Negeri Sembilan.

Dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur Kamarul Azman kata beliau bertindaka keluar dari PPBM kerana kabur dengan perjuangannya dan melihat ia ada agenda peribadi.

Ingat balik...sebelum penubuhan PPBM,beliau mengetuai Gabungan Ketua Cawangan Umno Malaysia (GKCM) yang giat menghentam kepimpinan UMNO.

"Saya keluar bukan kerana saya tidak ada jawatan malah saya adalah ahli yang paling banyak banyak jawatan dalam parti.

"Tapi PPBM masih kabur dalam perjuangan politikuntuk negara kita.Ada masalah yang tidak ditangani dengan baik terutama adanya pemimpin dalam parti ini merasakan sudah lama dalam politik dan mengenepikan pandangan ahli lain dalam parti,"katanya dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur.

Kamarul Azman tidak berhasrat untuk sertai UMNO kembali dan akan kembali aktif memberi fokus kepada perjuangan GKCM.

Adalah dijangka seramai 821 ahli PPBM akan ikut jejak langlah Kamarul Azman dan akan buat sidnag akhbar dalam masa terdekat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana